Wednesday, October 12, 2011

Penuntut digesa guna laman web

LABUAN 11 Okt. - Warga Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMS-KAL) digesa memanfaatkan kewujudan laman webnya sebagai medium untuk mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan pentadbiran dan pengajian di universiti itu.

Pengarahnya, Prof. Dr. Shariff Abdul Kadir Omang berkata, pihak yang mengendalikan kemudahan teknologi itu perlu sentiasa memastikannya dikemas kini agar pelanggan mendapat maklumat yang tepat, terkini dan boleh dipercayai.

"Laman web memberi kesan yang mendalam kepada semua pihak terutama pelajar, pensyarah dan kakitangan serta ibu bapa dan masyarakat dalam usaha mereka mendapatkan maklumat mengenai UMS-KAL," katanya semasa merasmikan laman web UMS-KAL di Dewan Theatrette di sini baru-baru ini.

Turut hadir Timbalan Dekan Sekolah Sains Informatik Labuan (SSIL), Suani Sura; Penolong Pendaftar Kanan Pentadbiran, Musnin Matersah dan wakil Sekolah Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (SPKAL), Ricky Chia.

Orang ramai boleh mengakses untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenainya.

Laman web UMS-KAL, wwwkal. ums.edu.my dikendalikan oleh Pegawai Teknologi Maklumat Kanan Bahagian Perkhidmatan Komputer dan Instrumentasi (BPKI), Suprianto Mohd. Noor dan kakitangannya serta dibantu pengendali laman web di setiap bahagian dan sekolah di universiti itu.

Shariff berkata, laman web itu juga boleh memberi manfaat kepada masyarakat setempat mendapat maklumat mengenai universiti termasuk program yang membabitkan penduduk di Wilayah Persekutuan Labuan.

Justeru, beliau berharap penuntut dan kakitangan akan menyalurkan pandangan yang membina mengenai kemudahan dan urusan pentadbiran agar ia mendapat perhatian yang serius daripada pengurusan universiti.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: