Tuesday, October 11, 2011

Minka pantas beraksi

MINKA Kelly terus tersenyum ketika menjalani sesi latihan untuk adegan dalam rancangan ‘Charlies’ Angels’ walaupun rancangan itu mendapat ulasan yang kurang memberangsangkan.
MINKA Kelly terus tersenyum ketika menjalani sesi latihan untuk adegan dalam rancangan ‘Charlies’ Angels’ walaupun rancangan itu mendapat ulasan yang kurang memberangsangkan.

MINKA Kelly kelihatan seperti seorang profesional ketika menunggang jet ski di Miami, semalam.

Aktres berusia 31 tahun itu sedang bersedia untuk penggambaran babak untuk filem ‘Charlie’s Angels’ yang diberi nafas baru bersama aktres Annie Ilonzeh dan Rachel Taylor, di Florida.

  • Foto

    WALAUPUN mendapat kritikan tentang rancangan itu, kesemua gadis Charlie ini kelihatan seperti profesional.

  • Foto

    GADIS Charlie berbincang tentang adegan lasak ketika menunggu penggambaran seterusnya.

  • Foto

    KELLY tetap kelihatan cantik selepas melakukan adegan lasak.

  • Foto

    BERSEDIA...Aktres yang lain menunggu arahan tetapi Minka kelihatan sudah bersedia.

Nampaknya, aktres dari California ini lebih seronok berbanding yang lain dan kelihatan selesa ketika berada di dalam air.

Mungkin itu caranya untuk gadis berambut perang ini melupakan masalahnya yang berlaku beberapa minggu lepas.


Dia baru saja berpisah dengan kekasihnya Derek Jeter, rancangan itu pula menerima kritikan dan salah seorang daripada kru penggambaran dibuang kerja kerana mengacaunya.


Kru itu dikatakan mendekati Minka dan menampar punggungnya. Lelaki itu memegang not AS$100 (RM) di dalam tangannya pada kejadian 23 Ogos lalu.

Sumber dalam set penggambaran itu memberitahu majalah Star, “Niatnya mungkin untuk berjenaka tetapi ia tidak sesuai. Minka terperanjat dan sangat berang. Dia masih lagi marah beberapa jam selepas itu.”

Menurut majalah itu lagi, apabila kru itu cuba meminta maaf, Minka terus menampar mukanya.

Dia terus dikeluarkan dari produksi keesokan harinya oleh eksekutif TV.

Menurut sumber itu lagi, “Seluruh set penggambaran terperanjat tentang insiden itu. Memang skandal. Satu hari dia ada, tapi esoknya dia sudah tak ada.”

Minka yang melakonkan watak Angel Eve French dalam rancangan itu, berpisah dengan Jeter, 37 tahun, bintang besbol ‘Yankees’ setelah bersama selama tiga tahun. Minka dikatakan mula intim dengan pelakon Ramon Rodriguez yang melakonkan watak Bosley.

Namun begitu, hubungan mereka yang nampak sangat serasi, tidak dapat menarik hati pengkritik rancangan itu.

The New York Daily News menulis tentang siri itu, “St. Peter sendiri mungkin tidak akan dapat menyelamatkan rancangan ‘Charlie’s Angels’ keluaran ABC itu.”

Hollywood Reporter mengkritik dengan lebih tajam. Kata mereka, “Ia sungguh teruk. Lakonan Minka Kelly adalah yang paling teruk dalam sejarah rangkaian televisyen, dekad ini.”

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: