Tuesday, October 11, 2011

Gegaran Safiq

BERBISA...Safiq  (kiri) dikerumuni rakan selepas menjaringkan gol kedua Selangor.
BERBISA...Safiq (kiri) dikerumuni rakan selepas menjaringkan gol kedua Selangor.

“MISI 33” Selangor semakin membara apabila membenam cabaran Perak di Stadium Shah Alam dengan mencatatkan kemenangan 3-1 pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia semalam.

Dua jaringan perancang tengah yang disisihkan skuad kebangsaan, Mohd Safiq Rahim memastikan Merah Kuning membawa bekalan selesa apabila bertandang ke Stadium Ipoh, Jumaat ini selepas pelawat hanya mampu menjaringkan gol sagu hati menerusi Failee Ghazali pada minit ke-76.


Mohd Safiq mempamerkan kemampuannya menerusi sepakan percuma di luar kotak penalti pada minit ke-13 dengan menewaskan penjaga gol Perak, Kamarul Effendi dan sekali lagi mengulanginya pada minit ke-58 sebelum seorang lain pemain kebangsaan yang tidak mendapat panggilan baru-baru ini, Mohd Amirulhadi Zainal meledak jaringan pada minit ke-63.

Pertembungan dua gergasi Pantai Timur di antara juara Piala FA, Terengganu dan juara Liga Super, Kelantan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu berlangsung sengit dengan kemenangan memihak kepada tuan rumah dengan keputusan 3-1.


Tiga kad merah dilayangkan pengadil perlawanan pada separuh masa pertama kepada dua pemain Kelantan, Mohd Syakir Saari dan Daudsu Jamaluddin dalam tempoh lima minit serta penjaring gol Terengganu pada minit ke-45, Ismail Faruqi Ashari yang turut dilayangkan kad merah selepas itu.


Gol penyamaan yang ditunggu juara bertahan Piala Malaysia itu akhirnya terhasil menerusi jaringan penalti kapten The Red Warriors, Mohd Badri Radzi bagi memastikan keputusan 1-1 pada minit ke-80 namun ia hanya bertahan sembilan minit apabila Abdul Manaf Mamat menjaringkan gol kedua tuan rumah juga menerusi sepakan penalti sebelum kapten Terengganu, Mohd Marzuki Yusof memastikan kemenangan mutlak anak-anak buah Irfan Bakti Abu Salim pada masa kecederaan.

Jaringan tunggal Farderin Kadir pada minit ke-58 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya pula memastikan Felda United mengejutkan finalis Piala Malaysia musim lalu, Negeri Sembilan.


Sementara itu perlawanan di Stadium Likas menyaksikan Sabah bangkit daripada ketinggalan untuk menyamakan kedudukan hasil jaringan Justin Ganai pada minit ke-46 selepas T-Team mendahului tuan rumah menerusi Indraputra Mahayuddin pada minit ke-35.

Tanpa menunggu lawan tuan rumah yang dikendalikan Justin Ganai menyamakan kedudukan menerusi Alto Linus seminit selepas babak kedua bermula namun ia tidak cukup untuk menghalang kemenangan Bagaimanapun T-Team menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-85 menerusi Indraputra untuk mencatatkan kemenangan 2-1.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: