SEJAK mula diperkenalkan kepada dunia pada 1873, seluar jeans denim ciptaan Levi’s Strauss dianggap sebagai produk berjenama paling dikenali dan paling banyak diciplak oleh pengeluar pakaian di dunia pada hari ini!
Kini, portfolio jenama Levi’s bukan sahaja menarik ramai pengguna setia selama bergenerasi lamanya malah berjaya mengevolusikan pencapaian luar biasa dengan menerajui usaha inovasi dalam merombak industri pakaian dunia.
Sehingga hari ini, rangkaian kategori pakaian dan aksesori denim Levi’s boleh ditemui di lebih 110 buah negara yang memenuhi citarasa individu dalam meluahkan gaya tersendiri dengan koleksi fesyen paling klasik di pasaran.
Baru-baru ini, jenama denim paling popular dunia itu membawakan mesej provokatif apabila melancarkan platform pemasaran global terbesar yang julung-julung kali diadakan bagi melibatkan golongan belia di seluruh dunia.
Kempen berintegrasi pertama seumpamanya itu bertujuan mengukuhkan keyakinan dan penjenamaan Levi’s di kalangan generasi muda yang suatu hari nanti bakal mencorak masa depan dunia dengan melengkapkan mereka dengan pakaian ‘seragam’ ke arah kemajuan iaitu jeans Levi’s.
Platform pemasaran terbaru Levi’s berfungsi sebagai demonstrasi luahan dalam usaha menggembeling optimisme golongan belia dan menyalurkan tenaga peneraju yang juga asas jenama tersebut ke arah memperbaiki persekitaran dunia demi masa depan lebih cerah.
Pada majlis sama, Levi’s memperkenalkan koleksi fesyen Levi’s Fall 2011 untuk lelaki dan wanita yang direka khas sempena pelancaran kempen pemasaran global Go Forth.
Seperti koleksi klasik vintaj Levi’s, himpunan fesyen denim lelaki sekali lagi menumpukan terhadap kemasan dan inovasi potongan serta fabrik melibatkan gaya slim, skinny dan straight terkini pilihan ramai.
Koleksi berkenaan turut menggunakan kemasan terkini menggunakan penapis tahan lama dan inovasi konsep Water<="" p="">
Sementara himpunan fesyen wanita turut mencerminkan inovasi produk yang mengaplikasi teknik anti-mikrobial dan kalis air pada denim dan bukan denim untuk konsumer progresif sekali gus menawarkan pilihan sesuai untuk lelaki dan wanita moden.
Bagi wanita, Levi’s membawakan sistem potongan Levi’s® Curve ID yang mementingkan bentuk badan dan bukan saiz untuk memberikan keselesaan tanpa tandingan selepas menjalankan kajian ke atas lebih 60,000 wanita seluruh dunia.
Untuk maklumat lanjut mengenai koleksi produk terbaru dan lokasi premis, layari laman sesawang www.levi.com.my.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: