Monday, October 24, 2011

Alumni Sekolah Methodist Parit Buntar ditubuh


Ahli jawatankuasan MEXSA yang baru dilantik bersama sebahagian daripada bekas murid Sekolah Methodist Parit Buntar yang menghadiri mesyuarat agung pertamanya di Kelab Shah Alam, Selangor baru-baru ini.


Persatuan Bekas Murid Sekolah Methodist Parit Buntar (MEXSA) dalam mesyuarat agung pertamanya telah memilih Mantan Pengerusi Majlis Peguam Malaysia, Datuk Khutubul Zaman Bukhari sebagai Pengerusi MEXSA di Kelab Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Mesyuarat agung pemilihan ahli jawatankuasa kali pertama itu diadakan selepas MEXSA diluluskan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan pada bulan Mei lalu.

Seramai 70 bekas pelajar sekolah yang ditubuhkan pada 1907 itu hadir pada mesyuarat berkenaan untuk membuat pemilihan di samping mengimbau nostalgia dan mengeratkan jalinan kerjasama setelah terpisah sekian lama.

Kepada bekas pelajar yang berminat untuk menjadi ahli MEXSA, sila layari laman rasmi MEXSA.Org atau hubungi Setiausahanya, Raisha Kamaruddin di talian 013-2258560.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: