Tuesday, June 28, 2011

Varieti haruman Teacher’s Perfume


JAMALUDIN positif dengan perkembangan dan peluang bisnes wangian hari ini.


KEWUJUDAN jenama minyak wangi tanpa alkohol yang dijual dalam bentuk botol roll-on di negara ini boleh diumpamakan bak cendawan tumbuh selepas hujan. Dalam beberapa tahun sahaja, pelbagai jenama minyak wangi sudah menembusi pasaran sehinggakan ada kalanya mampu memberi kesan terhadap pasaran minyak wangi yang dijual dalam bentuk semburan.

Menyedari peluang pasaran minyak wangi roll-on itu, syarikat Minda Sarjana Enterprise dengan jenama wangian Teacher’s Perfume tampil menawarkan lebih banyak pilihan kepada orang ramai.

Beroperasi di Simpang Ampat Tasek, Pulau Pinang, enam set wangian khusus disediakan kepada pengguna lelaki dan wanita.

Menurut pengasasnya, Jamaludin Hashim, jenama Teacher’s Perfume kini semakin mendapat tempat dalam kalangan penggemar haruman secara roll-on selain faktor saiznya yang kecil serta mudah dibawa.

Bermula dengan jualan kecil-kecilan dalam kalangan rakan sekerja sejak lima tahun lalu, nama Teacher’s Perfume kini sebaris dengan wangian lain yang diinspirasikan daripada jenama popular.

Jamaludin yang merupakan seorang guru di sebuah sekolah di Pulau Pinang memberitahu, nama Teacher’s Perfume diabadikan kepada produk tersebut sebagai penghargaan kepada golongan pendidik sepertinya.

Ternyata keputusan Jamaludin untuk berjinak-jinak dalam bidang perniagaan minyak wangi secara serius tepat apabila sambutan yang diterima amat menggalakkan.

Buktinya, sejak ia dilancarkan pada Disember tahun lalu, minyak wangi jenama Teacher’s Perfume sudah menembusi pasaran seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak.

“Mulanya, hanya empat set wangian yang dikhususkan kepada pengguna lelaki dan wanita diperkenalkan.

“Kesemuanya diinspirasikan daripada produk haruman berjenama terkenal seperti Dunhill, Hugo Boss, Lancome dan Calvin Klien.

“Sejak bulan lalu, syarikat memperkenalkan dua lagi set terbaharu sebagai pilihan kepada pelanggan yang menjadikan kesemua enam pilihan haruman bagi kedua-dua set lelaki dan wanita,” ujarnya.

Mengulas mengenai set terbaharu itu, Jamaludin berkata, setiap satu mengandungi empat botol wangian berbeza haruman dengan kapasiti empat mililiter sama seperti empat set terawal yang diperkenalkan pada Disember tahun lalu.

Jelasnya, bagi kotak berwarna oren yang dikhaskan kepada wanita, ia mengandungi haruman Stella dari Jennifer Lopez, Amore (Cacharel), Burbarella (Burberry) dan Cool Water inspirasi Davidoff.

Untuk kotak berwarna coklat yang dikhaskan kepada lelaki pula, ia mengandungi wangian Issey Miyaki dari Issey Miyaki, Escape Men (Calvin Klien), CK1 (Calvin Klien) dan Tuxedo inspirasi Giorgio Armani.

“Dua set terbaharu ini sebagai tambahan pilihan kepada pelanggan yang juga hadiah terbaharu kepada penggemar wangian jenama Teacher’s Perfume,” katanya.

Menurut Jamaludin, pihaknya tidak bimbang dengan persaingan kerana minyak wangi keluarannya mempunyai kekuatan tersendiri.

Malah kata Jamaludin, rata-rata pelanggannya juga berpuas hati dengan wangian keluaran syarikatnya kerana ia mampu bertahan di antara dua hingga tiga hari.

Dengan 60 stokis di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak, Teacher’s Perfume bakal memperluaskan lagi pasaran apabila menyasarkan untuk mempunyai sekurang-kurangnya 200 stokis menjelang hujung tahun ini.

Pelanggan hanya perlu berbelanja sebanyak RM192 untuk mendapatkan enam set wangian Teacher’s Perfume untuk melayakkan mereka menjadi stokis.

“Orang ramai yang berminat juga boleh menghubungi Jamaludin di talian 012-5407 782 atau 019-4619 393 atau melayari laman blog syarikatnya di http://teachers-perfume.blogspot.com.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: