Friday, June 24, 2011

Tubuhkan NGO pendakwah tempatan


Ahmad zaki Arsad (duduk enam dari kanan) bersama para peserta Traning Of Traner di Pusat Latihan Islam Kundasang (PLIK), Sabah.


SESUAI dengan objektif penubuhannya untuk melatih dan melahirkan kader-kader dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Cawangan Sabah mengadakan bengkel melatih pendakwah atau Traning Of Traner (TOT) di Pusat Latihan Islam Kundasang (PLIK), Sabah, baru-baru ini.

Bengkel empat hari itu disertai oleh 45 orang terdiri daripada para penggerak dakwah, Alumni Pusat Latihan Dakwah Keningau (PLDK), anak-anak Sabah di institusi pengajian tinggi dan peserta jemputan.

Turut serta Pengarah Jakim Cawangan Sabah, Ahmad Zaki Arsad.

Objektif bengkel dua hari itu adalah memberi pendedahan kepada peserta berkaitan isu-isu semasa dakwah melalui perkongsian ilmu dan memantapkan mental dan fizikal para pendakwah.

Ia bagi mempersiapkan diri sebagai daie yang mampu mendepani cabaran dan merancang pelan tindakan untuk menggerakkan usaha dakwah dalam masyarakat khususnya di bumi Sabah.

Antara pengisian bengkel itu adalah cambah fikiran, riadah, tazkirah, qiamullail, latihan dalam kumpulan (LDK) dan pembentangan kertas kerja.

Pembentangan kertas kertas pertama disampaikan oleh Mohd. Akmal Othman dari Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah dengan tajuk Amal Jama'ie Dalam Dakwah, kertas kerja kedua oleh Ahmad Zaki bertajuk Hala Tuju Dakwah Jakim Sabah'.

Kertas kerja ketiga oleh Pensyarah Kanan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah, Bungsu Aziz Jaafar dengan tajuk Cabaran Dakwah Di Sabah dan kertas kerja keempat oleh pensyarah Universiti Malaysia Sabah, Sarip Adul bertajuk Komunikasi Dakwah.

Majlis penutup dan penyampaian sijil disempurnakan oleh Ahmad Zaki.

Dalam ucapannya, beliau meminta semua peserta jangan berputus asa dan istiqamah dalam menjalankan kerja-kerja dakwah.

"Saya juga mencadangkan agar pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam diwujudkan dan didokongi oleh pendakwah yang terdiri daripada anak-anak Sabah serta digerakkan oleh mereka sendiri," jelasnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: