Friday, June 24, 2011

Saya hanya menegur : Aaron Aziz

Kalau sebelum ini pelakon sensasi, Fasha Sandha ada meluahkan ketidak puasan hatinya terhadap seorang pelakon yang datang lewat sewaktu penggambaran, kini situasi begitu berlaku lagi.

Pelakon kacak, Aaron Aziz baru-baru ini menegur keras seorang pelakon baru yang tidak hadir ke set penggambaran sehingga menyebabkan pelakon senior lain yang menunggunya pulang begitu sahaja.

Meluahkannya menerusi laman sosial, Twitter miliknya, Aaron ternyata bengang dengan pelakon baru yang seakan tidak menghormati pelakon-pelakon lain pada ketika itu.

Bertanya sendiri pada empunya badan, jelas Aaron apa yang dilakukannya itu bukanlah berniat untuk memarahi sesiapa, tetapi apa yang cuba disampaian adalah sekadar teguran untuk pelakon-pelakon baru supaya lebih menghormati yang lain.

"Saya hanya luahkan apa yang saya rasa, untuk menegur secara bersemuka dengan pelakon itu, mungkin ia sukar sebab kami sama-sama bekerjasama, jadi saya tegur menggunakan twitter dengan harapan dia membaca dan mengubah sikapnya itu.

"Saya tiada sewaktu kejadian berlaku, namun saya ada dengar beberapa cerita dilokasi tentang perangai pelakon itu, ramai yang kata dia tidak hadir ketika itu dan menyebabkan pelakon senior besar seperti Datuk Jalaluddin Hassan terpaksa menunggu lama dan akhirnya pulang begitu sahaja.

"Saya berniat untuk menegurnya, bukan untuk menghentamnya. Ini menjadi tanggungjawab saya untuk menegur rakan-rakan yang baru, jika mereka serius dalam industri ini,"luah Aaron.

Ditanya sama ada, pelakon itu ada membaca tegurannya itu, jelas Aaron : "saya harap dia membacanya dan saya tidak pasti dia follow saya ataupun tidak di twitter,"luahnya yang enggan memberitahu siapa pelakon baru itu.

Aaron sekarang ini sibuk dilokasi penggambaran Stanza Cinta bersama Fizz Fairuz dan Fathia. Membawakan watak Irfan dalam drama ini, Aaron berharap peminatnya tidak mengharapkan watak Irfan ini seromantik Seth Tan dalam drama Nora Elena kerana ia menrupakan dua watak yang sama sekali berlainan.

"Seth Tan dalam Nora Elena memang sangat romantik, ia sangat berlainan dengan Irfan. Cerita Stanza Cinta sebenarnya lebih kepada islamik, jadi tidak banyak adegan romantik seperti mana yang dipaparkan dalam Nora Elena. Saya harap peminat memahaminya,"jelas Aaron.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: