|
|
SEBAGAI sebuah negara yang meningkat maju, kerjasama pelbagai sektor amat penting bagi menentukan kejayaan tersebut dapat dicapai termasuk sektor keselamatan komunikasi.
Tanpa mengira sama ada ia membabitkan syarikat dalam atau luar negara ia perlu diberi pertimbangan berdasarkan sumbangan yang diberikan.
Motorola antaranya merupakan syarikat yang menawarkan pelbagai perkhidmatan penyelesaian bagi membantu pembangunan sektor ekonomi negara.
Menurut Presiden Negara, Motorola Solution Malaysia (Motorola), Mohd. Rauf Nasir, pihaknya komited dalam menawarkan perkhidmatan penyelesaian kepada agensi kerajaan dan usahawan di negara ini bagi mencapai objektif negara berpendapatan tinggi.
“Syarikat ini memiliki sejarah yang panjang di Malaysia memberi kelebihan kepada Motorola berkenaan persekitaran di negara ini sekali gus menawarkan perkhidmatan penyelesaian yang sesuai,” katanya.
Menyediakan pelbagai produk dan perkhidmatan bagi sektor perniagaan dan pembangunan ekonomi, Motorola Solutions mensasarkan pengguna yang mahukan perkhidmatan pelbagai.
Sebagai contoh, menerusi Motorola , terdapat perkhidmatan penyelesaian keselamatan awam, penyelesaian mobiliti kritikal dalam perniagaan, memajukan proses penyimpanan data, perintah bersepadu dan pengawalan dalam setiap komunikasi.
Malah Motorola turut menawarkan penyelesaian WLAN dan perkhidmatan pangkalan global termaju bagi pelanggan dan ia telah beroperasi di 65 buah negara seluruh dunia.
Di rantau Asia, perkhidmatan Motorola boleh didapati di 16 buah negara dengan pelbagai tawaran perkhidmatan terutama kepada agensi-agensi kerajaan dan para usahawan.
Ia juga turut meliputi sektor perusahaan dan industri seperti pengangkutan dan logistik, minyak dan gas, runcit, pendidikan, penjagaan kesihatan, dan pembuatan.
Bagi perkhidmatan keselamatan awam, jenama Motorola telah memiliki pengalaman selama 80 tahun dalam bidang tersebut.
Syarikat ini juga turut mendapat pengiktirafan dunia dalam menyediakan perkhidmatan terhadap agensi keselamatan awam, kerajaan dan pengguna infrastruktur strategik.
Malah, kepakaran yang dimiliki oleh Motorola ini juga telah menjadikan syarikat tersebut sebagai peneraju dalam pembangunan dan kemajuan dalam menghasilkan penyelesaian dalam perkhidmatan keselamatan awam bagi generasi seterusnya.
Ditambah dengan gabungan kemudahan teknologi jalur lebar, fleksibiliti dalam operasi, aplikasi multimedia termasuk perisikan video, ia merupakan antara perkhidmatan yang menyeluruh.
Bagi para usahawan serta mereka yang menjalankan perniagaan, pastinya penyelesaian yang mampu meningkatkan keberkesanan aliran dalam operasi perniagaan amat-amat diperlukan.
Justeru, Motorola turut menyediakan perkhidmatan tersebut bagi membantu memastikan usahawan mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda serta melancarkan operasi perniagaan setiap hari.
Manakala bagi perkhidmatan Motorola dalam bidang pengangkutan, ia menunjukkan perkhidmatan Motorola mampu mengawal sistem komunikasi, keselamatan, operasi dan penyelenggaraan perkhidmatan pengangkutan dengan baik.
Antara pelanggan Motorola di dalam bidang pengangkutan adalah seperti Shanghai Metro, Beijing Metro, Hong Kong Metro, Kereta Api Laju Taiwan, Delhi Metro, Delhi Metro Express Line, Mumbai Metro, Hubungan Rel Ekspres Malaysia (ERL), Seoul Metro dan Manila LRT.
Malah perkhidmatan Motorola turut digunakan di beberapa lapangan terbang dan pelabuhan.
Seterusnya perkhidmatan kesihatan Motorola menawarkan perkhidmatan yang istimewa kepada keselamatan pesakit, memperbaiki keberkesanan operasi serta sistem komunikasi yang lebih selamat di hospital.
Perkhidmatan tersebut juga termasuk kemudahan menyimpan data dengan lebih pantas yang aman memudahkan pihak yang bertanggung jawab melaksanakan tugas mereka.
Ia sekali gus membantu petugas hospital dalam menjamin keselamatan pesakit di bawah jagaan mereka.
Motorola juga turut menyediakan perkhidmatan untuk memudahkan pihak hospital dalam menguruskan operasi hospital dan kemudahan serta peralatan khusus yang disediakan.
Bagi sektor perkhidmatan logistik dan pengedaran, menawarkan penyelesaian yang dapat meningkatkan produktiviti dan keberkesanan perkhidmatan tersebut.
Sebagai contoh, perkhidmatan Motorola telah digunakan oleh Pos Malaysia dalam urusan operasi penghantaran surat.
Malah, Motorola turut meliputi sektor pelancongan dan hospitaliti seperti khidmat pelanggan di hotel.
Bagi sektor pembelajaran pula, Motorola menyediakan perkhidmatan mampu menukar suasana pembelajaran kepada suasana yang lebih kondusif.
Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari www.motorolasolutions.com.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: