Tuesday, June 7, 2011

Tauke Jambu Main Kayu Tiga?

Gambar mesra Jambu dengan kekasihnya sudah pun tersebar di ruang-ruang kosong milik blogger-Blogger tempatan, ramai yang memuji kecantikkan kekasihnya dan ramai juga yang hairan, bagaimana Tauke mampu memiliki awek secantik itu.

Bila terkeluar saja gambar tu, ManggaMuda terkejut, apa tidaknya, setahu ManggaMuda Tauke sudah bergelar suami, jadi masakan ada gambar dia bersama awek lagi.

ManggaMuda ada juga baca beberapa komen yang dititip oleh peminatnya dalam beberapa blog dan forum, ada yang memberitahu Tauke sudah bergelar duda, dan memiliki enam orang anak.

Eh? biar betul.. sebab setahu ManggaMuda, Tauke dan isteri masih bersama dan mereka masih tinggal sebumbung di rumah mereka di Sentul.

ManggaMuda dapat berita, Tauke memang garang dengan isterinya, malah, isterinya sendiri tahu mengenai hubungan Tauke dengan kekasih-kekasihnya sebelum ini, tapi dia tak dapat buat apa-apa sebab takut dengan Tauke.

Di atas pentas, ManggaMuda nampak Tauke seperti seoarang yang mesra dan penyanyang, tapi tak sangka pula rupa-rupanya seorang yang garang.

Oleh kerana nama Tauke dan kumpulannya, Jambu sedang meningkat naik sekarang ni, jadi tidak mustahillah banyak cerita timbul mengenainya.

ManggaMuda: tak pernah kering gusi melihat lawak Jambu dalam Maharaja Lawak.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: