PETALING JAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan terus memastikan kenaikan tarif elektrik akan datang turut tidak akan membebankan rakyat seperti mana kenaikan pada masa ini yang tidak melibatkan 75 peratus isi rumah.
Perdana Menteri berkata, kajian dari semasa ke semasa akan dilaksana agar sebarang kenaikan setimpal dengan bebanan rakyat.
Sebagai sebahagian daripada proses merasionalisasikan subsidi yang sedang dilaksanakan, kerajaan kelmarin mengumumkan purata tarif elektrik dinaikkan sebanyak 2.23 sen kilowatt sejam (kWj) atau 7.12 peratus kepada 33.54 sen/kWj daripada 31.31 sen/kWj berkuat kuasa hari ini.
Lebih kurang 4.4 juta daripada 5.94 juta pengguna domestik yang menggunakan elektrik kurang daripada 300 kWj sebulan dijangka tidak akan terjejas dengan kenaikan tersebut.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: