KUALA LUMPUR - Sebanyak RM2 juta Dana Belia 1Malaysia telah digunakan bagi menjayakan enam projek permohonan belia melalui laman web dana tersebut.
Pengarah Tanggungjawab Sosial Korporat, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Dennis Lee berkata, pihaknya menerima 700 permohonan daripada belia melalui laman web sehingga 15 Mei lalu.
Ujarnya, selain permohonan melalui laman web 1mdb.com.my, dana turut diagihkan kepada beberapa badan lain untuk merealisasikan impian belia.
Beliau sebelum itu hadir pada majlis pelancaran Kempen Gaya Hidup Bebas Rokok (Asap) yang dibiayai oleh Dana Belia 1Malaysia apabila seorang pemuda, Aron Koh, 32, berjaya memperoleh dana RM130,000 untuk menerbitkan filem pendek mengenai antimerokok di kalangan masyarakat.
Filem pendek bertajuk Cinta Akhir itu dilancarkan oleh Pengarah Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan, Dr. Chong Chee Keong yang mewakili menterinya, Datuk Seri Liow Tong Lai.
Filem itu dilakonkan oleh Liyana Jasmay dan Pierre Andre manakala penyanyi Iz sebagai duta kempen.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: