
SALAH sebuah papan tanda amaran yang dipasang bagi memberi peringatan kepada orang ramai supaya tidak mendekati sungai Taman Botani Pulau Pinang di George Town semalam.
GEORGE TOWN - Air sungai di Taman Botani Pulau Pinang di sini dikesan dicemari virus leptospirosis atau kencing tikus, menurut Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan, Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut, Alexander Selvam.
Beliau berkata, orang ramai yang mengunjungi taman tersebut dinasihati tidak mandi atau bermain air sungai itu bagi mengelak dijangkiti virus berkenaan.
"Kawasan ini tidak ditutup daripada dikunjungi orang ramai. Kita hanya akan meletak papan tanda notis amaran di kawasan terlibat minggu ini," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Bagaimanapun, beliau berkata, setakat ini belum mangsa yang dilaporkan dijangkiti virus itu di kawasan berkenaan.
lagi info tentang kencing tikus di SIHAT SELALU - Kencing Tikus (Leptospirosis)
ReplyDelete