Wednesday, June 8, 2011

Kosmo! diedar percuma sempena Festival Pengantin mulai 23 Jun


NOR SHARLINA (dua dari kiri) menyerahkan replika cek tajaan kepada Mohd. Saiful Adri (dua dari kanan) di Puchong semalam.


TAJA KOSMO!. Syarikat pengurusan acara terkemuka, Dirich Vision Sdn. Bhd. (Dirich Vision) menaja 15,000 naskhah Kosmo! dan 6,000 naskhah Kosmo! Ahad sempena Festival Pengantin Malaysia 2011 yang bakal berlangsung di Medan Mara, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur selama tiga hari bermula 23 Jun ini.

Selain itu, tajaan berjumlah RM60,000 itu turut merangkumi 12,000 akhbar Utusan Malaysia dan 18,000 akhbar Mingguan Malaysia yang akan diagihkan secara percuma kepada pengunjung sepanjang festival itu.

Pengurus Dirich Vision, Nor Sharlina Abdul Rashid berkata, pihaknya berbesar hati menaja kedua-dua akhbar tersebut kerana ia menjadi pilihan orang ramai, selain kandungan beritanya yang padat dengan informasi terkini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: