Desas-desus tentang perkahwinan Scha Al Yahya dan Awal Ashari, semakin menjadi bualan hebat.
Pasangan ini dikatakan sedang sibuk membuat persiapan kahwin kerana sudah pun memilih tarikh dan lokasi untuk hari bersejarah mereka.
Malah hari bersejarah itu, bakal tiba tidak lama lagi (Disember).
Untuk mengetahui sejauh manakah kebenarannya, Zass, menghubungi Scha. Namun sebaik sahaja diajukan hal itu, Scha mengeluh manja sambil menafikan dakwaan itu.
“Memang kami merancang untuk melangsungkan perkahwinan tetapi bukan dalam masa terdekat ini.
“Saya sendiri tidak mengetahui hal itu dan menganggap ia hanyalah ‘kerja’ mereka yang tidak bertanggungjawab,” katanya.
Menurut Scha, dia tidak akan menyembunyikan hari bahagiannya bersama Awal kelak. Itu pun jika ada jodoh antara mereka.
"Biarlah masa yang menentukan perkara ini. Buat masa sekarang, saya dan Awal sibuk dengan karier masing-masing. Insya-Allah kalau kami dah betul-betul sedia nanti kami akan beritahu semua orang," katanya.
Dalam pada itu, Scha tidak menafikan ada kalanya dia merasa rimas tiap kali diajukan soal perkahwinannya dengan Awal. Malah dia juga khuatir w sekiranya publisiti berlebihan itu akan memberi kesan buruk terhadap kariernya.
"Kalau boleh saya tak nak buka cerita tentang hubungan kami. Saya rasa tak semua orang suka dengan cerita macam ni. Tapi kalau sudah ada bertanya, masakan saya harus berdiam kerana saya juga perlu menjaga hati media," kata Scha yang terkenal dengan sikap ramahnya.
Jadi wanita 'gedik'
Menyentuh tentang perkembangan terbarunya, Scha memberitahu, dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama bersiri Dunia Kita yang turut dijayakan Awal.
Drama tersebut telah ke udara di saluran Astro Ria sejak 27 Mei lalu bersama pelakon lain seperti Marsha Milan Londoh.
“Drama ini lain dari drama lakonan saya sebelum ini. Kali ini, saya dapat pamerkan lakonan yang berbeza.
"Kalau sebelum ini saya selalu berlakon watak yang kasar, 'ala tomboy', kali ini saya berpeluang bawa watak manja dan gedik.
“Dalam drama ini saya membawa watak Rania, pelajar jurusan fesyen yang sangat obses pada fesyen.
“Saya berterima kasih kepada pengarahnya Michael Ang kerana berani untuk menonjolkan karakter yang berlainan dalam diri saya,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: