Dulu Siti Nordiana sering dilabel sebagai penyanyi kesayangan orang kampung kerana lagu-lagu dan imejnya yang disenangi. Sebab itu sehingga hari ini dia masih mampu bertahan walaupun sudah lama tak muncul dengan lagu baru. Tapi kemunculan album baru, Semakin Jelas menampilkan Siti Nordiana atau Nana tampil dengan gaya lebih urban. Lagu-lagu barunya juga semakin moden. Penampilannya sedikit berani dan pernah jadi kritikan apabila berimej seksi dalam satu majlis tidak lama dulu. "Saya selesa dengan imej ini. Nak kata seksi sangat pun tak juga... dulu saya pernah pakai baju yang menampakkan separuh bahu, tapi orang tak kata apa pun. "Saya mahukan perubahan itu sahaja. Bukannya mahu lari daripada imej penyanyi kampung. Dalam album ini hanya dua lagu yang kedengaran urban, selebihnya macam lagu-lagu dulu juga," kata Nana semasa ditemui pada majlis pelancaran albumnya di Red Box, The Garden, Kuala Lumpur semalam. "Saya akui payah juga untuk merakam lagu Tak tahan kerana saya tak pernah merakam lagu konsep sebegitu. Tapi arus muzik hari ini dah berubah, jadi saya juga harus menghasilkan apa yang diingingi oleh peminat. Saya harap peminat saya akan menerima perubahan yang cuba dilakukan ini," katanya. Album terbitan FMC itu turut memuatkan lagu-lagu rakaman terdahulu yang belum dimuatkan dalam mana-mana albumnya iaitu Pujuklah Jiwaku, Zapin Berzapin, Joget Pilihan Jiwa, Nilai Di Hati dan Ke Pangkuan Tersayang. "Saya bukan remaja lagi. Saya rasa imej ini sesuai dengan perubahan usia saya," kata ibu tunggal kepada seorang anak lelaki hasil perkongsian hidup dengan pelakon Allahyarham Faizal Yusop itu. FMC bukan sahaja memasarkan album, sebaliknya bersama-sama VCD karaoke yang memuatkan kesemua lagu daripada album itu. Kesemua lagunya juga boleh dimuatturun sebagai nada dering.
|
Saturday, June 11, 2011
Saya selesa... Siti Nordiana
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: