Peristiwa pergaduhan antara bintang Akademi Fantasia, Hafiz dengan seorang floor manager Astro, Zack sudah pun hampir sebulan berlalu. Biarpun sebelum ini ramai yang menuding jari ke arah penyanyi kecil molek, Adira yang dikatakan menjadi punca bergaduhan itu berlaku, namun sehingga kini Adira masih menafikannya. Baginya, apa yang berlaku dia ntara Hafiz dan Zack tiada kaitan dengannya, memandangkan dia langsung tidak ada apa-apa hubungan istimewa dengan kedua-duanya. "Saya akui memang wujud hubungan rapat antara saya dengan Hafiz namun hubungan kami masih terlalu awal untuk digelar kekasih. Kami masih mengenali hati masing-masing, tetapi saya masih anggap dia sebagai seorang kawan baik. "Dengan Zack pula, saya tidak berkawan rapat dengannya, kami hanya berjumpa jika saya terserempak dengannya sama ada di Astro ataupun di mana-mana majlis kerana dia bekerja dengan Astro, tetapi hanya sekadar mengangkat tangan dan ucap hai, tidak lebih daripada itu. Jadi, tidak ada sebab mereka mahu bergaduh kerana saya," ujar Adira. Biarpun dikaitkan dalam pergaduhan itu, jelas Adira, hubungan antara dia, Hafiz dan Zack tidak terjejas, dan masih kekal sebagai kawan. "Sebelum dan selepas peristiwa itu, hubungan kami sama sahaja. Saya tahu Zack sudah melaporkan perkara ini kepada pihak polis, tapi saya tidak tahu perkembangan kes ini. "Saya tidak pernah bertanya kepada Hafiz, sebab saya tidak mahu keruhkan keadaan, jadi biarlah perkara ini senyap begitu sahaja," jelas Adira. Ditebak mengenai hubungannya dengan Hafiz, Adira mengakui suka dengan perangai Hafiz yang kadangkala kelakar. "Hafiz seorang yang kelakar, dan dia juga sangat aktif, setiap hari saya lihat dia sentiasa gembira dan sebab itu juga saya suka berkawan dengannya," jelas Adira yang akan ke Langkawi bersama Hafiz pada 15 dan 16 Jun ini untuk rakaman video klip terbaru mereka, Ombak Rindu. |
Saturday, June 11, 2011
Mereka Bukan Rebutkan Saya - Adira
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: