KERJAYA BARU...Sarah cuba menjadi pramugari ketika menyertai Branson di Miami.
ANDA mungkin tidak menyangka artis Sarah Harding menjadi pramugari dalam penerbangan Virgin Atlantic, tetapi dia menyertai Sir Richard Branson untuk meraikan ulang tahun ke-25 penerbangan itu yang dalam perjalanan dari Miami ke London.
Mengenakan pakaian merah terang, Sarah berdiri di samping bos Virgin itu ketika dia berucap menge�nai pencapaian syarikat penerbangan berkenaan.
Sarah menyertai kru kabin dan Branson di Lapangan Terbang Miami ketika bos Virgin itu berkata: Ini adalah peristiwa penting dalam sejarah Virgin Atlantic.
“Miami adalah destinasi kedua yang dilancarkan dua tahun selepas penerbangan ini bermula dan memikirkan yang kami sekarang penerbangan bertaraf dunia dengan 32 destinasi jarak jauh adalah impian menjadi nyata.”
Branson, Sarah dan dua pramugari kemudian berdiri di atas sayap pesawat Virgin untuk bergambar di sisi bendera Amerika Syarikat dan Union Jack.Branson memeluk bintang Girls Aloud itu ketika mereka semua tertawa untuk sesi fotografi.
Sejak memulakan penerbangan sulung pada 1986, Virgin Atlantic sudah membuat penerbangan sejauh 67 juta batu pergi dan balik ke Miami serta memberi perkhidmatan kepada penumpang dengan lebih lima juta hidangan utama dan ais krim.
Penumpang yang terbang melalui tiket kelas Pertama dan Ekonomi Premium turut menikmati 165,000 botol champagne bersamaan dengan 990,000 gelas sejak penerbangan dilancarkan.
Branson menambah: “Janji kami kepada penumpang ketika melancarkan destinasi penerbangan ialah menawarkan kualiti perkhidmatan yang hebat dan berinovasi pada harga berpatutan dan saya percaya kami masih menunaikan janji itu 25 tahun kemudian.”
Sejak penerbangan itu mula terbang dari London ke Miami 25 tahun lalu, 4.5 juta penumpang sudah menggunakan khidmat Virgin.
Ketika penampilan istimewa itu, Sarah, 29, dilihat mempunyai bibir yang cantik selepas dia mengakui melakukan suntikan untuk membentuk bibirnya.
Dia memberitahu majalah Fabulous bulan lalu: “Ia bukan sesuatu yang saya cuba lakukan berulang kali atau akan saya sarankan kepada orang lain.
“Namun, tahun lalu sekitar perayaan Krismas, saya teringin untuk membuat uji kaji dan memutuskan untuk memperbaiki bibir saya. Jelas sekali ia satu kesilapan.”
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: