Saturday, June 4, 2011

RM50,000 rebut hadiah Shell Fuelsave


AZMAN (tiga dari kanan) bergambar bersama barisan selebriti dan wartawan yang menyertai Cabaran Shell FuelSave di Kuala Lumpur baru-baru ini.


ORANG ramai berpeluang memenangi hadiah berjumlah RM50,000 dengan menyertai Cabaran Shell FuelSave 2011 yang berlangsung di seluruh negara sejak 21 Mei lalu.

Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd., Azman Ismail berkata, cabaran itu yang dulunya dikenali sebagai Cabaran 1 Liter Shell merupakan salah satu komitmen Shell dalam mendidik pengguna kenderaan untuk menggunakan minyak dengan lebih berhemah dan efisien.

“Pengguna semakin prihatin dengan tabiat berbelanja mereka dan kos penggunaan petrol adalah sebahagian daripadanya. Sehubungan itu, kami menganjurkan Cabaran Shell Fuelsave 2011 untuk melihat tabiat pemandu boleh memandu dengan setangki penuh Shell FuelSave,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Cabaran Shell Fuelsave 2011 di Stesen Shell Sentral Star di Lebuh Menjalara, Kepong, Kuala Lumpur baru-baru ini. Turut hadir ialah duta Shell FuelSave, Fahrin Ahmad.

Tambah Azman, Shell FullSave 95 merupakan penjana gaya hidup dan dapat membantu pengguna berjimat.

“Misi kami adalah untuk membantu pemandu-pemandu menjimatkan 10 peratus daripada penggunaan petrol mereka dengan produk kami di samping petua-petua penjimatan,” ujarnya.

Beliau berkata, orang ramai yang mahu menyertai cabaran itu perlu berusia 24 tahun ke atas dan mempunyai pengalaman memandu selama lima tahun.

Katanya, semua peserta yang ingin mendaftar boleh berkunjung ke Pameran Bergerak Shell FuelSave dengan lokasi terakhir di Sunway Carnival, Pulau Pinang sehingga 5 Jun 2011.

“Peserta-peserta perlu menjawab beberapa soalan dan sesi temuduga untuk mara ke peringkat seterusnya iaitu membabitkan ujian di jalan raya.

“Selepas itu mereka dikehendaki memandu kenderaan masing-masing mengikut laluan yang telah ditetapkan dengan menggunakan setangki penuh minyak Shell FullSave 95. Pemenang akan ditentukan berdasarkan jarak paling jauh yang mampu dicatatkan,” jelasnya yang memberitahu pendaftaran juga boleh dilakukan secara talian di www.shell.com.my/fulsave.

Sebagai simbolik pelancarannya, beberapa selebriti tanah air seperti Kenchana Devi, pemenang tempat kedua Malaysian Idol, Dina dan juruhebah Mix.FM, Hisham Hamzah dan wakil-wakil media turut berpeluang menyertai Cabaran Shell Fuelsave 2011 yang diadakan.

Kesemua peserta diberi kenderaan dan memandu sejauh 92 kilometer yang membabitkan beberapa laluan di sekitar Kuala Lumpur untuk menguji sendiri formula Penjimatan Petrol Shell, Shell FullSave 95.

Tempat pertama dimenangi oleh pasukan Dina yang mencatatkan 25.28 kilometer per liter (km/l), tempat kedua oleh pasukan Hisham (24.7 km/l) dan ketiga, pasukan Kenchana (22.7 km/l).

Sementara itu, Fahrin berkata, tahun ini merupakan tahun ketiganya dilantik sebagai duta Shell Fuelsave.

“Saya seronok kerana bukan sahaja dapat bertemu peminat-peminat, pada masa yang sama dapat membantu pengguna di Malaysia bagaimana menjimatkan petrol dan memperbaiki gaya pemanduan mereka,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: