Saturday, June 4, 2011

Nissan Navara 4x4 King Cab

Gaya badan Navara King Cab merupakan yang pertama dalam segmen trak pikap di Malaysia.


BUKAAN pintu yang cukup unik.


EDARAN Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) baru-baru ini mengumumkan ketibaan Nissan Navara King Cab 4X4 edisi terhad. Ia bagi memenuhi keperluan pengguna yang mahukan lebih ruang penyimpanan di dalam kabin dan kargo belakang.

Demi membuktikan kemampuan ruang storan di dalam kabin yang mendahului kelasnya, Nissan Navara King Cab mempunyai pintu akses belakang yang membolehkan barang-barang dimasukkan dari mana-mana arah. Pintu-pintu akses belakang yang unik itu juga boleh dibuka luas sehingga 90 darjah.

Dengan bukaan pintu tanpa tiang, akses ke dalam kabin menjadi sangat mudah. Jika dibandingkan dengan model Navara Double Cab, King Cab yang baru itu juga memiliki kargo belakang lebih besar.

Sama seperti mana-mana model Navara 4X4 M/T yang lain, King Cab turut menampilkan ciri sistem 4WD Shift-on-the-Fly yang dikawal secara elektronik. Sistem tersebut membolehkan penukaran antara mode 2WD dan 4WD dibuat tanpa perlu memberhentikan kenderaan. Model itu dipasang dengan transmisi manual enam kelajuan.

"Kami memperkenalkan model Nissan Navara King Cab untuk mencabar persepsi bahawa trak pikap dua tempat duduk merupakan jentera untuk melakukan kerja yang bersifat utilitarian. Menerusi kombinasi ruang penyimpanan selamat, penampilan menarik, kuasa mendahului kelas dan kabin yang selesa, kami menjangkakan King Cab mampu menetapkan satu penanda aras yang baru dalam segmen trak pikap," kata Pengarah Auto Dunia Sdn. Bhd. yang bertindak selaku pengedar sah Navara King Cab, Azman Badrillah.

"Tahun 2010 menandakan satu perkembangan signifikan buat jenama Nissan di Malaysia kerana kami berjaya mencapai rekod jualan tertinggi dalam tempoh 25 tahun. Sebanyak 32,998 unit kenderan telah diserahkan kepada para pelanggan," kata Pengarah Eksekutif ETCM, Datuk Dr. Ang Bon Beng.

Beliau juga menjangkakan bahawa angka jualan syarikat terus meningkat melalui pengenalan lebih banyak model baharu pada tahun ini.

Nissan Navara cukup dikenali seluruh dunia kerana ketahanan, kemampuan di laluan off-road dan keselesaannya. Sejak dilancarkan di Malaysia pada November 2008, trak yang dikenali sebagai Mother Trucker itu telah memperoleh banyak anugerah berprestij, antaranya:

* Best Value for Money Pickup Truck, Asian Auto - VCA Auto Industry Awards 2009 and 2010.

* Winner - Pickup Category, Autocar ASEAN Car of The Year Awards 2009.

* The Best Speed Bump Killer - NewMan RPM Awards 2009.

Nissan Navara King Cab boleh didapati dalam empat warna iaitu perak, kelabu, putih dan hitam. Harga di atas jalan (termasuk insurans, cukai jalan, yuran pendaftaran dan yuran tuntutan pemilikan) bagi Semenanjung Malaysia bermula daripada RM82,800 seunit.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: