KASIH bapa tiada penghujungnya kerana insan ini memang luar biasa. Bukan sekadar menyandang tanggungjawab besar sebagai ketua keluarga, tetapi berusaha keras dalam menjamin kesejahteraan hidup keluarganya.
Tidak mengenal erti berhenti dalam mengharungi cabaran hidup yang semakin meningkat, segala usaha, penat lelah dan pengorbanan yang dicurahkan bapa adalah demi keluarganya.
Di sebalik sikap bapa yang dilihat sebagai individu tegas, dia sentiasa melindungi anak-anak daripada ketakutan dan kekejaman. Segala kasih sayang dan contoh yang telah ditunjukkan oleh bapa menjadi panduan hidup si anak pada masa hadapan. Bagi menghargai dan meraikan peranan yang dimainkan oleh seorang bapa , satu hari istimewa diwujudkan dalam setahun iaitu Hari Bapa yang jatuh pada 19 Jun depan.
Sempena sambutan Hari Bapa yang bakal tiba ini, alangkah elok jika merancang sesuatu untuk meraikan hari yang penuh beerti itu. Salah satu cara yang paling popular ialah memberi hadiah untuk insan teristimewa ini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: