Monday, June 20, 2011

Rahsia ekstrak mutiara La Thira


NORA menunjukkan produk bedak asas Pearl Foundation Treatment.


MUNGKIN ada yang menganggap usia Nora Hashim, 55, merupakan halangan untuknya menceburi bidang kecantikan dengan menghasilkan produknya sendiri. Namun, wanita gigih ini mahu menangkis kata-kata itu.

Enam bulan lalu, dia mewujudkan jenama La Thira setelah yakin sepenuhnya mampu memajukan jenama itu dan memasarkannya ke seluruh negara. Buktinya kini, jenama La Thira bukan sahaja menembusi pasaran dalam negara, tetapi turut dipasarkan di negara-negara jiran.

Nora memberitahu, walaupun baru sahaja memperkenalkan La Thira, dia dan anak-anak serta menantunya terlebih dahulu menggunakan produk tersebut bagi menguji keberkesanannya.

"Selepas berpuas hati dengan hasilnya, barulah saya berani memasarkan produk ini dan hasilnya, ramai pengguna kini menjadi pengguna setia produk-produk di bawah jenama La Thira," katanya ketika ditemui di butiknya iaitu Lathira Marketing di Setapak Jaya, Selangor minggu lalu.

Menurut Nora, walaupun usia La Thira masih muda, dia sebenarnya sudah berkecimpung dalam bidang kecantikan sejak tahun 1997.

Ketika itu, dia memasarkan produk-produk kecantikan usahawan tempatan lain.

"Saya sudah lama mempunyai keinginan untuk menghasilkan produk saya sendiri tetapi tidak dapat dilaksanakan atas sebab-sebab tertentu. Bagaimanapun, saya nekad melakukannya tahun ini dan ia berjalan dengan lancar.

"Saya begitu cerewet dalam menghasilkan bedak asas Pearl Foundation Treatment kerana saya mahu memastikan kualiti dan keberkesanannya selain menepati warna yang saya inginkan," jelas Nora.

Bercerita lanjut, dia mahu ekstrak mutiara menjadi bahan penting di dalam ramuan bedak asasnya kerana ia telah dipercayai mempunyai kebaikan yang tinggi kepada kulit.

"Agak sukar mencipta warna bedak asas yang sesuai dengan kulit Asia kerana apabila dicampurkan dengan ekstrak mutiara, warnanya akan berubah. Tetapi selepas dihasilkan berulang kali, saya akhirnya berpuas hati," katanya.

Tambahnya, selain ekstrak mutiara, bahan lain yang digunakan ialah SPF35, minyak jojoba dan vitamin E yang membantu menghilangkan parut jerawat, meliputi liang roma dan menjadikan kulit awet muda.

Justeru, selepas berjaya menghasilkan bedak asas tersebut, Nora kemudiannya turut menghasilkan La Thira Whitening Soap, La Thira Acne Soap dan 24 Gold Beauty Soap.

"Sabun rawatan jerawat turut mengandungi ekstrak mutiara tetapi ditambah dengan minyak tea tree manakala sabun ekstrak emas turut menggunakan bahan-bahan tersebut dan ditambah dengan aloe vera selain bahan utamanya iaitu ekstrak emas.

"Kesemua produk ini dibuat dan dibungkus di kilang yang terletak di Kedah dan di Kuala Lumpur," katanya.

Selain itu katanya, La Thira juga bakal muncul dengan produk pelangsingan badan dalam masa terdekat ini.

"Produk tersebut sudah ada untuk tujuan testimonial. Setakat ini, menantu saya yang baru sahaja melahirkan anak beberapa bulan lalu telah menggunakannya dan dia dapat menurunkan berat badan secara konsisten," ceritanya lagi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: