Sunday, June 19, 2011

Pesta topi

BERBUNGA-BUNGA... seorang penonton memilih topi dihiasi bunga mawar kuning dan merah.
BERBUNGA-BUNGA... seorang penonton memilih topi dihiasi bunga mawar kuning dan merah.

IBU mentua Putera William, Carole Middleton, muncul dengan penuh elegan ketika masuk ke kawasan padang lumba kuda Ascot bagi menyertai acara diraja yang diadakan sempena Hari Wanita, minggu lalu.

Walaupun pernah bekerja sebagai pramugari sebelum ini, penampilan Carole jelas mencuri perhatian ramai dan dia nampaknya berjaya mengukuhkan imejnya dari semasa ke semasa.

  • Foto

    TETAMU DIRAJA... Elizabeth serba merah jambu

  • Foto

    MENYERLAH... topi bentuk serangga hinggap

  • Foto

    ANGGUN... Carole Middleton muncul penuh elegan

  • Foto

    SINDIR... topi jadi mesej dunia bola sepak England

  • Foto

    PENYERI... selain topi, payung turut mewarnai suasana

  • Foto

    KREATIVITI... topi bentuk buah-buahan

  • Foto

    UNIK... bentuk papan pengadun warna lukisan

  • Foto

    MENARIK... topi pelepah burung

  • Foto

    TARIKAN... topi bentuk kotak susu segar

  • Foto

    FESYEN... burung hinggap di kepala

Selain Carole, perlumbaan itu menjadi medan orang ramai — termasuk keluarga diraja Britain dan selebriti — menonjolkan fesyen topi masing-masing.

Ratu Elizabeth turut hadir untuk hari ketiga berturut-turut mengenakan kot merah jambu yang dipadankan dengan topi berwarna sama.


Turut menyertainya, Puteri Beatrice dan Anne yang membawa bersama mereka payung sebagai persediaan jika hujan.


Beatrice memilih topi kecil berwarna biru untuk dipadankan dengan pakaiannya.
Antara selebriti yang hadir ialah pemain bola sepak, Michael Owen dan penyanyi kumpulan Boyzone, Shane Lynch.

Penghibur dan personaliti televisyen Britain, Bruce Forsyth, sempat bergurau dengan jurugambar yang berbaris di laluan masuk untuk mengambil gambar tetamu.

Katanya, dia gemar datang ke Ascot untuk mendapatkan ketenangan. “Saya suka melihat penonton. Saya datang ke sini untuk berehat,” katanya.

Aktres Elizabeth Hurley pula muncul dengan pakaian rekaan Versace yang difikirkannya sesuai dengan cuaca di situ.

Menurut pemerhati, walaupun bersungguh-sungguh memilih fesyen untuk kelihatan anggun di padang lumba itu, sebahagian besar tetamu di Ascot sebenarnya tampil dengan menyembunyikan wajah masing-masing di bawah pelbagai rekaan topi.

Apabila hujan, suasana di lapangan lumba kuda itu bertukar penuh warna-warni apabila tetamu membuka payung masing-masing.

Dibuka pada 1711, Ratu Anne mula melihat potensi yang ada di Ascot apabila dia menunggang kuda berhampiran hutan tidak jauh dari Istana Windsor.

Suatu ketika dulu, Ascot begitu eksklusif hinggakan pihak istana melarang mana-mana janda memasukinya.

Tetamu wanita pula diwajibkan bersarung tangan jika berhajat masuk ke situ.

Namun kini ia terbuka kepada sesiapa saja, termasuk personaliti X Factor, Simon Cowell, yang diberikan ruang khas di situ.

Pereka fesyen terkenal, Amanda Whateley berkata, Ascot juga sinonim dengan fesyen.

“Anda tidak boleh memikirkan Ascot tanpa menyebut mengenai fesyen,” katanya.

Pada 1777, satu gelanggang tinju pernah disediakan di lapangan lumba kuda dan penganjur menyediakan hadiah yang besar kepada pemenang yang menyebabkan lawannya kehilangan sebelah mata.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: