![]() |
| CYBER JUBAH dengan penerapan motif batik. |
DAHULU, sering kali fesyen Muslimah kurang diberi perhatian oleh pereka fesyen tanah air sama ada fesyen untuk ke acara santai, makan malam yang istimewa, minum petang, menghadiri majlis perkahwinan ataupun sekadar untuk ke pejabat.
Namun, keadaan itu sudah jauh berubah. Kini, Datuk Tom Abang Saufi turut mengambil pendekatan menghasilkan busana Muslimah yang semakin mendapat tempat di hati penggemar fesyen Muslimah di seluruh negara.
Dengan membawakan jenama Tas Iman, koleksi kali ini memaparkan busana moden yang mudah digayakan dan memberikan keselesaan maksimum.
Pancaran rona cerah seperti hijau dan kuning, rekaan berlisu yang sofistikated dan fabrik berkualiti menjadi pertaruhan himpunan gaya Tas Iman ini.
Mengetengahkan gaya asas Cyber Jubah yang dihasilkan dalam pelbagai rona, ia cukup sempurna digunakan untuk tujuan ibadah terutamanya semasa berkunjung ke kota suci Mekah. Dengan adanya Cyber Jubah ini, kaum wanita tidak perlu lagi menggalas beg tangan.
Poket-poket yang disediakan boleh memuatkan buku, kunci, telefon bimbit dan selipar. Semua kelebihan ini telah difikirkan oleh Tom semasa merekanya supaya ia mempunyai kegunaan penuh kepada wanita-wanita di luar sana.
Selain itu, penutup kepalanya mampu diubah suai bagi menutup rambut, manakala butang di tangan busananya boleh diketatkan untuk melakukan solat.
Dalam pada itu, koleksi Tas Iman ini boleh didapati di laman web beli-belah Fashion Valet (FV) iaitu www.fashionvalet.net. Koleksi terdahulu iaitu label Tom Abang Saufi juga boleh didapati di laman web sama.
Pengarah Urusan FV, Vivy Yusof memberitahu, jenama Tom Abang Saufi dan Tas Iman telah menjadi salah satu label fesyen di dalam laman web beli-belah FV yang telah menembusi pasaran Brunei dan Singapura.
Koleksi Tas Iman boleh didapati dengan harga RM180 hingga RM480 di laman web FV yang sudah mula dipasarkan sejak sebulan lalu.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: