|
|
Koleksi musim bunga/panas 2011 Coast kembali dengan pelbagai gaya dan tidak ketinggalan membariskan keunikan sofistikated untuk wanita-wanita yang gemar berfesyen.
Seiring dengan peredaran masa, jenama yang hanya boleh diperoleh di gedung beli-belah Robinson di Mid Valley Kuala Lumpur ini, dilihat menampilkan fesyen yang menggabungkan pelbagai warna moden tetapi neutral dan diserlahkan lagi dengan gabungan warna lemon yang terang serta kebiruan seperti air laut.
Selain menampilkan fesyen-fesyen terkini seperti blaus, gaun turut memainkan peranan yang signifikan dalam trend fesyen hari ini.
Ditampilkan dengan potongan klasik yang terkini serta pengenalan pleat dan jahitan leher yang elegan, ia sudah pasti membuatkan si pemakai tampak anggun.
Seperti pakaian majlis tari menari yang diinspirasikan dari tahun 50-an, ia turut diperincikan dengan cetakan bunga halus serta jahitan hiasan terutama sekali di bahagian pinggang.
Selain itu, pemilihan gaun sutera yang lembut secara tidak langsung menampilkan Coast satu jenama yang tersendiri untuk pakaian malam musim panas.
Diilhamkan dari jenamanya sendiri, sudah pasti setiap jahitan diberi tumpuan untuk memberikan satu kelainan terutama pakaian untuk sebarang majlis.
Coast turut menampilkan kardigan yang dijahit dengan kain sifon dengan hiasan sekuin halus. Ia dilihat cukup sempurna untuk digayakan, apatah lagi ditambah dengan elemen-elemen yang santai seterusnya menjadikan koleksi kali ini koleksi yang ringkas.
Menyambut ulang tahun ke-15 tahun ini, Coast turut melancarkan koleksi Heritage dalam usaha menghargai peminat-peminat jenama tersebut.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: