KUALA LUMPUR - Kira-kira 100 orang kanak-kanak yang tinggal di sekitar Bandar Tun Razak menerima perkhidmatan gunting rambut secara percuma di Jam Salon di sini semalam.
Khidmat itu dikhususkan kepada pelajar lelaki dan perempuan yang berumur 17 tahun ke bawah sempena sesi persekolahan yang bermula hari ini selepas cuti penggal selama dua minggu.
Program anjuran Jam Salon dan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bandar Tun Razak itu dianjurkan buat buat kali kedua bertujuan meringankan beban ibu bapa di kawasan berkenaan.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Rizalman Mokhtar berkata, program kali kedua yang dianjurkan bersama Jam Salon itu bertujuan meringankan beban ibu bapa di kawasan berkenaan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: