Wednesday, June 1, 2011

Nora Danish Belum Terdesak Untuk Berumah Tangga Kembali



Kisah hidupnya semakin menjadi perhatian selepas pelakon jelita ini berdepan dengan beberapa kontroversi yang melibatkan rumah tangganya beberapa tahun lepas.

Biarpun kini dirinya sudah bergelar ibu tunggal, namun pemilik nama, Nora Mohd Danish Hanif, 29 tahun masih lagi dihimpit dengan persoalan-persoalan mengenai cinta dan perkahwinan.

Mengakui sedang berkawan rapat dengan seorang ahli perniagaan yang berusia 27 tahun, ibu kepada Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram ini bagaimana pun enggan mendedahkan siapa yang sedang berada dihatinya sekarang ini.

"Masih terlalu untuk saya membuat sebarang keputusan sama ada untuk mengistiharnya sebagai kekasih ataupun tidak. Saya akui ada perasaan sayang, tetapi saya masih beranggapan hubungan kami masih berada di peringkat perkenalan.

"Saya juga akui dia adalah lelaki yang paling rapat dengannya sekarang, tetapi masih belum terdesak untuk berkahwin, jadi saya tidak mahu terburu-buru. Selepas apa yang berlaku pada perkahwinan saya yang lepas, saya harus berhati-hati memilihnya kali ini," luah Nora.

Ditebak soal anaknya, jelas Nora dia adakalanya terpaksa menolak beberapa tawaran lakonan yang menuntutnya berjauhan dengan keluarga kerana tidak mahu berjauhan daripada Rayqal.

"Ada juga beberapa tawaran lakonan lain, tapi adakalanya masa dan tempat yang jauh dan tidak bersesuaian dengan saya. Saya tak biasa berjauhan dengan anak saya.

"Sekarang ini naluri keibuan saya semakin menebal, semakin hari saya makin teringin untuk memiliki anak kecil, lebih-lebih lagi apabila usia Rayqal semakin meningkat,"katanya lagi.

Bakal membintangi drama terbaru arahan Pierre Andre, Ana Lu' Lu yang akan bersiaran di slot Lestary bermula 7 Jun ini, watak yang dipegang oleh Nora Danish tidak banyak lari dari siri drama popular lakonannya dahulu, Puteri.

Sering mendapat watak-watak comel sebegitu, jelas Nora dia hanya memenuhi permintaan penonton yang meminati dirinya melakonkan watak ini.

"Tak dinafikan, wataknya seakan sama tapi ada juga perbezaannya kerana Ana Lu' Lu lebih nampak agresif berbanding Puteri. Ramai penonton yang suka saya perwatakan sebegini, jadi saya menerimanya,"jelasnya yang bakal bergandingan bersama Kamal Adli dan Cat Farish di dalam drama ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: