Monday, June 27, 2011

Musim kedua, Halaqah Sentuhan Qalbu!

Sambutan luar biasa penonton, Halaqah Sentuhan Qalbu (HSQ), membuatkan program ini kembali dengan musim kedua. Bakal bersiaran pada setiap Selasa, jam 10 malam, bermula 5 Julai, HSQ, menjanjikan konsep dan pengisian lebih menarik.

Program 13 episod ini, masih mengekalkan segmen “Nota Kehidupan” buat responden berkongsi kisah silam mereka. Bukan bertujuan untuk meraih publisiti semata-mata, tetapi untuk berkongsi mesej dan pengajaran bersama.

HSQ musim ini lebih bermain dengan aspek emosi dan lebih menekankan golongan remaja dengan topik ‘Litar Taubatku’, ‘Balung Ayam’ dan ‘Tiang Baru’. Paparan sebegini dapat memberi iktibar berguna kepada mereka.

Masih mengekalkan Ahmad Noor Sulaiman selaku pengacara bersama panel dan jurulatih kecerdasan, emosi dan spiritual dari ESQ Leadership Training Centre.

Kesemua topik yang diperbincangkan akan diperkukuhkan lagi dengan ayat-ayat suci dari kitab al-Quran.

Ingin mendengar sendiri pengalaman pahit, sedih dan sayu mereka? Pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan HSQ di TV9.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: