|
|
SELEPAS enam bulan secara rasmi menjadi tunangan kepada Tristan Prettyman, penyanyi Jason Mraz membuat keputusan untuk memutuskan ikatan tersebut dan membatalkan niatnya untuk berkahwin dengan wanita itu.
Keputusan itu dibuat oleh pelantun lagu popular, I’m Yours itu kerana dia lebih mementingkan kerjayanya berbanding hal peribadi.
“Kesalahan terbesar saya adalah kerana terlalu fokus terhadap pekerjaan saya. Saya telah berjaya dalam hal ini, tetapi kalah dalam hal asmara.
“Ya, tunang saya cantik, tetapi hubungan kami tidak menjadi. Dalam hubungan peribadi yang kami jalin ini, saya telah mengorbankan diri saya sendiri. Jadi kami berpisah,” kata penyanyi yang terkenal dengan imej bertopi fedora itu.
Walaupun tidak jadi berkahwin, penyanyi berusia 33 tahun itu tetap menjalin hubungan baik dengan bekas tunangnya.
Dia memberitahu, mereka masih menghabiskan masa bersama seperti menghadiri kelas yoga bersama dan mahu melewati hari akan datang dengan rasa bahagia tanpa sebarang ikatan rasmi, kecuali sebagai sahabat.
Marz dan Prettyman bertunang pada Disember tahun lalu dan penyanyi itu mengumumkan pertunangan mereka melalui laman Twitter.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: