
KUALA LUMPUR - Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO dijangka bertolak ke selatan Filipina minggu hadapan bagi mengadakan rundingan dengan kumpulan penculik Mohd. Nazaruddin Saidin, 38, (gambar) dalam usaha untuk membebaskan beliau.
Pengerusinya, Datuk Muhamad Khairun Aseh berkata, rombongan tiga orang yang diketuainya itu bakal berjumpa dengan kumpulan terbabit di satu lokasi yang ditetapkan melalui orang perantara.
Katanya, beliau berharap rundingan yang bakal dilakukan bakal menemui jalan penyelesaian dan dapat membebaskan Mohd. Nazaruddin.
"Kita akan cuba mencari kata sepakat bersama pihak terlibat supaya segera membebaskan beliau (Mohd. Nazaruddin)," katanya pada satu sidang akhbar di pejabatnya di sini semalam.
Ditanya mengenai tuntutan wang tebusan sebanyak RM5.6 juta yang dituntut oleh pihak penculik, beliau berkata, perkara tersebut tidak termasuk dalam perbincangan yang bakal diadakan.
"Sememangnya ada permintaan wang melibatkan jutaan ringgit namun kita akan cuba mengadakan rundingan tanpa melibatkan sebarang wang tebusan," ujarnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: