Saturday, June 18, 2011

Bincang kenaikan harga makanan


NAJIB (tiga dari kiri) mengiringi Sheikh Mohammed menunaikan solat Jumaat di Masjid Negara, Kuala Lumpur semalam.


PUTRAJAYA – Kenaikan harga makanan dan sumber tenaga serta langkah-langkah proaktif yang akan diambil bagi menghalang masalah itu daripada menjadi lebih teruk adalah antara isu yang akan dibincangkan oleh para pemimpin yang menghadiri Dialog Antarabangsa Langkawi 2011 (LID2011) di Langkawi Ahad ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata indeks harga makanan telah meningkat sebanyak 15 peratus di antara Oktober 2010 dan Januari tahun ini dan ia dijangka terus naik.

“Sama seperti harga minyak mentah yang telah melepasi AS$90 setong,” kata beliau.

Beliau berkata, semasa sesi pemukiman, para pemimpin atau wakil mereka dari 15 negara akan membincangkan langkah-langkah dan cara alternatif, termasuk usaha kerjasama mengurangkan kemeruapan berlebihan, terutamanya dalam harga-harga makanan dan tenaga, yang menjejaskan pertumbuhan dan kestabilan sosio-ekonomi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: