Friday, June 10, 2011

Microsoft minta periksa ketulenan lesen perisian

Microsoft Corporation menggesa semua pelanggan dengan komputer peribadi berjenama Handii yang dipasang terlebih dahulu dengan Windows 7 Professional menghubungi pengeluar komputer untuk memastikan lesen perisian mereka adalah tulen.

Microsoft berkata, siasatan selama enam bulan mendapati perisian Microsoft Windows dan Certificate of Authenticity disediakan oleh pemalsu di Australia, Malaysia dan Singapura.

“Sebahagian daripadanya adalah menerusi komputer tablet Handii.

“Sekiranya lesen perisian yang ditemui adalah versi palsu, pelanggan layak mendapat lesen perisian tulen secara percuma,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: