|
|
BERTEMU kembali dengan edisi kedua siri membuat mesin cup sealer. Diharap ramai di antara pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) mendapat inspirasi dan ilham untuk menjadi kreatif dan inovatif di dalam memudahkan lagi segala proses kerja bagi pengeluaran produk mereka secara kecil-kecilan.
Selain kos yang murah, ia juga amat mudah dikendalikan dan tidak memerlukan latihan serta protokol keselamatan kerana mempunyai risiko yang rendah dan mudah digunakan.
Mesin cup sealer buatan sendiri ini juga ringan dan mudah alih.
Siri kali ini akan memaparkan langkah-langkah bagi membuat heating plate iaitu plat penekan panas berbentuk bulat dan mengikut saiz acuan sumi (haba panas dibekalkan oleh seterika) yang berfungsi menekap dan menekan plastik sealer pada acuan sumi supaya melekat kuat dan kedap udara.
Alat-alat yang digunakan:
* Set kimpalan
* Skru keluli tahan karat saiz 25mm x 6mm(diameter).
* Plat Keluli tahan karat 4mm (t)
* Plat Keluli tahan karat plate 2 mm (t)
* Plat Keluli tahan karat 1.5mm (t)
* Flat bar ½ inci x 3mm (t)
* Solid shaft Keluli tahan karat 40mm (diameter) x 20mm (t)
* Ros keluli tahan karat 6mm (diameter)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: