Monday, June 20, 2011

Medan artis muda tunjuk bakat

Festival Muzik Kuala Lumpur (FMKL) 2011 bakal berlangsung dengan menggabungkan barisan artis dari 1 hingga 3 Julai ini bertempat di Panggung Sari, Istana Budaya.

FMKL yang masuk tahun ketujuh penganjurannya bagi tahun ini antara aktiviti seni muzik yang direncanakan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) seperti kelaziman bagi pembuka tirai Festival KL.

Bagi FMKL 2011, pelbagai kelainan yang cuba ditonjolkan. Sebanyak lima pengisian utama bagi festival merangkumi Konsert Utama, Konsert Terbuka @Laman Beringin, Pertandingan, Seminar Muzik dan Jualan dan Pameran Produk Muzik.

Pendekatan ke arah menyemarakkan muzik di kalangan generasi muda ditekankan apabila pelbagai ‘genre’ muzik yang bukan sahaja untuk golongan ‘elit’ tetapi pandangan serta minat anak muda menjadi landasan FMKL 2011 kali ini.

Persembahan setiap malam pada 1 hingga 3 Julai di Konsert Utama yang bertemakan “Kembara Muzik: Klasik ke Kontemporari” adalah bertujuan mengajak khalayak untuk mengembalikan nostalgia muzik klasik dan meraikan muzik kontemporari di pentas berprestij.

Pertaruhan artis veteran hinggalah yang baru menepati tema persembahan muzik klasik ke kontemporari, manakala muzik iringan terdiri dari gabungan pemuzik Malaysian All Stars dan Orkestra Tradisional Malaysia (OTM).

Festival Muzik KL mengajak penonton meneroka sejarah perkembangan muzik tanah air dalam satu pengembaraan muzik.

Justeru, penampilan nama-nama besar dalam industri seni negara seperti Datuk M Daud Kilau, Datuk Khatijah Ibrahim dan bintang-bintang kontemporari dari generasi muda seperti Jaclyn Victor, Dayang Nurfaizah, One Nation Emcees, Aizat, Najwa Mahiaddin, Azlan & the Typewriter dan Suki Low mendapat tempat dalam festival kali ini.

Manakala pada Slot Konsert Terbuka @ Laman Beringin mempersembahkan barisan kumpulan indie terdiri daripada Tilu, Father Father, Fauziah Gambus & Band, House of 5, Ayu Jazzrin, Johnny Comes Lately, Asfar Alias dan Cynosure.

Persembahan akan menampilkan konsep Klasik, Nusantara dan Sejagat pada setiap malam tiga hari berturut-berturut bagi konsep yang dipilih itu.

Barisan artis yang terpilih di samping muzik iringan dari Malaysian All Stars dan OTM di bawah pimpinan Pengarah Muzik Aubrey Suweto, Festival Muzik KL 2011 pastinya menjanjikan satu kelainan apabila dipentaskan di pentas berprestij, Panggung Sari.

Festival Muzik 2011 juga bakal menjadi satu medium bagi bakat-bakat baru mengetengahkan diri mereka melalui Konsert Laman Beringin yang menampilkan tema seperti “Bintang IPT”, “Unplugged” dan “ Indie” yang akan dilaksanakan sebelum konsert-konsert utama berlangsung.

Begitu juga bagi slot Pertandingan @Laman Beringin yang membariskan Pertandingan Akustika Gitar Gempaq, KL Got Talent dan Cabaran Kompang Challenge yang pastinya akan �memeriahkan serta memberi impak baru kepada suasana festival di Istana Budaya pastinya.

Untuk lebih diketahui, promosi festival tersebut akan dilaksanakan di sekitar Kuala Lumpur pada 18, 19 dan 25 Jun dengan menampilkan beberapa artis yang terlibat untuk memberikan sedikit gambaran kepada khalayak mengenai Festival Muzik.

1 comment:

Tinggalkan Komen Anda Sini: