![]() |
| TUN HISAN menunjukkan sebahagian daripada peralatan yang digunakan untuk memproses dadah pada sidang akhbar di IPD Ampang Jaya, Selangor semalam. |
AMPANG JAYA - Sebuah lagi makmal memproses dadah syabu dibongkar polis ekoran penahanan dua lelaki dan penemuan 23 kilogram dadah bernilai RM4.6 juta berserta 40 kilogram cecair syabu di sebuah kondominium Taman Ampang Utama di sini kelmarin.
Cecair syabu yang dirampas itu nilainya boleh mencecah RM10 juta.
Suspek berusia 26 dan 29 tahun ditahan oleh polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya selepas menerima maklumat orang awam pada pukul 1.40 petang selepas melihat gelagat dua lelaki mencurigakan berlegar-legar di tempat letak kereta di kondominium tersebut.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, ekoran penangkapan dua suspek itu, polis kemudian menemui bungkusan lutsinar dadah jenis syabu yang kesemuanya seberat 23 kilogram diletakkan dalam satu bagasi yang dibawa mereka.
"Siasatan lanjut, polis kemudian menyerbu sebuah rumah di tingkat 15 kondominium itu.
"Rumah itu disyaki dijadikan makmal untuk memproses dadah selepas polis menemui syabu belum siap diproses dalam bentuk cecair," kata beliau pada sidang akhbar di IPD Ampang Jaya di sini semalam.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: