Saturday, June 11, 2011

Fahami RMK-10 melalui myplan


NAJIB melancarkan myplan sambil diperhatikan Nor Mohamed pada majlis pelancaran perkhidmatan tersebut di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Perdana Menteri semalam melancarkan 'myplan - Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10) Anda' iaitu pendekatan memberangsangkan untuk membantu rakyat memahami isi kandungan pelan pembangunan lima tahun yang akan berakhir pada 2015.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, myplan dijangka dapat menterjemahkan dokumen rasmi kerajaan itu dengan pendekatan lebih mudah supaya rakyat benar-benar memahami kandungannya.

"Dokumen RMK-10 itu dalam bentuk pembentangannya bukan saja tebal isinya tetapi mungkin agak sukar dan tidak begitu senang untuk dibaca oleh rakyat kalau mahu difahami dari mula sampai akhir," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: