Wednesday, June 1, 2011

Kesal radio kurang putar lagu



STIGMA negatif masyarakat terhadap golongan Mat Rock bahawa mereka banyak terlibat dengan aktiviti tidak berfaedah harus dihapuskan. Buktinya, kumpulan rocker terkenal negara, Wings, menyahut seruan kerajaan terhadap pemuliharaan alam sekitar.

Dengan menerima tawaran sebagai duta Start in Tioman (SIT) oleh Pejabat Pelancongan Negeri Pahang, legenda rocker ini bertekad untuk memberikan kerjasama yang sebaik mungkin.

Vokalis utama Kumpulan Wings, Awie ataupun nama sebenar Mohd Azhar Othman berkata, mereka sangat gembira dengan tawaran itu apatah lagi dapat berbakti untuk masyarakat dan negara.

Menurutnya, persetujuan kumpulan terkenal itu diasaskan sejak 1985 itu menjadi duta adalah usaha mereka menebus semula untuk membantu usaha kerajaan selain kesedaran terhadap usaha pemuliharaan.

“Sejak terlibat dengan aktiviti selaman ini empat tahun lalu, keindahan dasar laut membuatkan kami sedar usaha pemuliharaan perlu dilaksanakan dengan serius jika tidak mahu kehilangan dan kerugian terhadap negara.

“Betapa cantiknya keindahan laut ciptaan Tuhan dan penglibatan kumpulan ini sebagai duta dapat membantu menunaikan tanggungjawab sosial,” katanya mengakui memilih Tioman
sebagai lokasi pilihan utama aktiviti SEMPENA cuti persekolahan, RTM menghidangkan
dua drama menarik, Permata Hatiku (3 Jun 2011, jam 10.30 pagi) dan Budak KL (4 Jun 2011, jam 3.05 petang) di saluran TV1.

Permata Hatiku dibintangi Muhammad Na’im Daniel, Zami Ismail, Ahmad Ezzrin Loy,
Elfi ra Loy dan Zulhuzaimy berkongsi kisah Amirul seorang kanak-kanak yang mempunyai
sikap terpuji di kalangan ahli keluarga dan orang kampung. Namun dia dicemburui
Johan, pelajar yang cukup nakal di sekolah.

Johan sentiasa mencari jalan untuk mengenakan Amirul. Sementara itu, drama Budak KL
pula, mengajak penonton menghayati hubungan persahabatan. Drama ini dibintangi Na’im Danial, Azhari Azizam, Ng Zhen Tze, Aida Aris, Zoey Tan dan Badrul Muhayat, ini mengisahkan Iqbal yang tertekan apabila ibunya, Marina, memaksanya bercuti ke sebuah
kampung.

Dibesarkan dalam kehidupan serba moden, membuatkan Iqbal memandang rendah pada
budak-budak kampung. Namun Pertemuannya dengan Jason, membuatkan persepsinya terhadap budak kampung berubah.

Jangan ketinggalan menyaksikan dua drama menarik sempena cuti sekolah ini.

Awie berkata, orang ramai juga perlu mempunyai kesedaran sendiri dan
membuka minda terhadap usaha itu.

“Jika orang ramai tidak mempunyai kesedaran, bagaimana kita mahu usaha ini dapat dijalankan secara berterusan,” katanya kumpulan itu turut mendapat tawaran menyelam di Thailand Jun depan.

Penyanyi yang juga popular dengan lagu “Di Ambang Wati” dan “Iris” itu turut berkata, aktiviti kebajikan bukan boleh dilakukan di atas darat sebaliknya turut merangkumi di dasar laut.

Ditanya jika penglibatan kumpulan itu boleh mengganggu aktiviti seni mereka, Awie menidakkan kenyataan itu sebaliknya mengakui aktiviti selaman memberikan kelebihan seperti elemen disiplin terhadap artis.

Sementara itu, Awie turut mengumumkan khabar gembira buat peminat fi lem itu apabila merancang menganjurkannya dalam pementasan teater muzikal di Istana Budaya.

Menurutnya, syarikatnya bakal bertindak sebagai penganjur dan berhasrat mengekalkan barisan pelakon sama seperti di dalam filem terbabit.

“Kita akan cuba mengekalkan mereka semua namun terpulang dengan komitmen masing-masing.

“Kalau bukan tahun ini, ia bakal dipentaskan April depan dan diarahkan Mamat Khalid juga,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: