|
|
BERSEMPENA ulang tahun ke-30 Shiseido, jenama penjagaan kulit ini memperkenalkan produk terbarunya Revital Lifting Mask Science Ex.
Topeng muka ini menampilkan ciriciri teknologi tinggi yang dibangunkan semata-mata untuk memberikan wanita kulit wajah yang diidamkan.
Topeng ini dilengkapi sejenis lapisan fiber khas yang mengandungi pelbagai khasiat dan meresap ke dalam kulit terutama bahagian yang menggeleber untuk memberikan lebih keanjalan dan memantapkan kembali kedudukannya.
Antara bahan yang terdapat di dalamnya ialah kolagen, ekstrak G dan serum untuk menegangkan kulit dari dalam.
Lebih istimewa, topeng ini diinovasi dalam dua keping yang berbeza iaitu di bahagian atas dan bawah yang memfokuskan kepada bahagian mata, dahi dan garisan halus di wajah.
Untuk memaksimumkan kesan positif pada wajah eloklah menambah penggunaan serum Revital Whitening yang dirumus eksklusif untuk mengembalikan keremajaan kulit.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: