Monday, June 13, 2011

Hazama Juara Terakhir Akademi Fantasia!

Hazama bergelar juara AF9

Peserta pilihan Hazama, menepati ramalan ramai apabila muncul juara Akademi Fantasia musim ke-9 (AF9) pada final pertandingan program realiti televisyen itu di Dataran Putrajaya, Putrajaya di sini malam ini.

Hazama atau Hazama Ahmad Azmi yang menewaskan tiga lagi finalis dengan membolot sebuah trofi dan wang tunai RM 200,000 sumbangan Astro, hamper dan wang tunai sebanyak RM 5,000 sumbangan Power Root dan sebuah kemera Sony Handycam bernilai RM 3,299 sumbangan Sony yang disampaikan oleh Pengetua AF9, Amy Search.

Program yang disiarkan langsung menerusi saluran 104 Astro Ria ditonton hampir sepuluh ribu orang di dataran tersebut.

Pada pertandingan yang diadaptasi daripada program La Academia dari Mexico sejak 2003 itu, juara menyanyikan dua buah lagu berjudul Puaka milik Tomok dan sebuah lagi berjudul Cinta Teragung ciptaan Kuncidemak.

Tempat kedua diungguli oleh Lenaber binti Haidir atau Lena yang membawa pulangsebuah trofi dan wang tunai berjumlah RM 50,000 sumbangan Astro, hamper dan wang tunai bernilai RM 2,000 sumbangan Power Root dan sebuah kamera Sony Cybershoot bernilai RM1,499 sumbangan Sony.

Sementara, tempat ketiga dimenangi oleh Nurshafinaz binti Jebat (Fina) yang merangkul hadiah berupa sebuah trofi dan wang tunai bernilai RM 20,000 sumbangan Astro, hamper dan wang tunai bernilai RM 1,000 sumbangan Power Root dan sebuah kamera Sony Cybershoot bernilai RM1,499 sumbangan Sony.

Sementara Mohd Azri bin Abdullah atau Azri yang menduduki tempat keempat berjaya membawa pulang hadiah berupa sebuah trofi dan wang tunai sebanyak RM 5,000 sumbangan Astro dan sebuah kamera Sony Cybershoot bernilai RM1,499 sumbangan Sony.

Menurut Hazama, dia bersyukur dengan kejayaannya ini dan berterima kasih kepada seluruh kerja AF9 yang banyak memberinya peluang sepanjang berada dalam AF9 ini.

"Saya mengucapkan rasa syukur sebab rezeki saya pada malam ini atas sokongan ibu bapa, saudara mara dan pihak Astro yang memberi peluang belajar di AF," katanya ketika ditemui selepas berakhirnya pertandingan program realiti TV paling popular di Astro itu.

Selain Hazama, AF sebelum ini juga telah melahirkan juaranya yang pertama iaitu Vince (AF1), Zahid (AF2), Mawi (AF3), Faizal (AF4), Mila (AF5), Stacy (AF6), Hafiz (AF7), dan Shahir (AF8).

Berakhirnya AF9 pada malam ini, maka berakhirlah rancangan program realiti paling popular ini buat selama-lamanya. Melahirkan ramai bakat-bakat baru semenjak memulakan siarannya pada tahun 2003, Akademi Fantasia kini hanya meninggalkan sejarah.

Semoga apa yang diperjuangkan oleh pelajarnya menjadi kenyataan berbekalkan tagline Satu harapan, satu tujuan, satu destinasi. Mengubah impian menjadi realiti .

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: