Tuesday, June 7, 2011

Graduan Jururawat Malaysia ditangkap seludup heroin

TANGERANG - Seorang wanita Malaysia ditangkap kerana menyeludup dadah heroin seberat 545 gram bernilai RM387,000 (AS$129,000) di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta di sini lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang pegawai kanan kastam, Maman Sulaiman memberitahu, suspek dikenali sebagai BS, berusia 26 tahun, merupakan pelajar lepasan kolej jururawat yang berlepas dari Kuala Lumpur dengan menaiki penerbangan AirAsia dan tiba di Indonesia pada Sabtu lalu.

Jelas Maman, pihak kastam menemui 51 kapsul berisi serbuk dadah di dalam bagasi dan poketnya.

"Bahagian narkotik telah pun menjalankan pemeriksaan dan didapati serbuk coklat yang terdapat di dalam kapsul itu adalah dadah jenis heroin," jelasnya.

Pihak kastam bersama Badan Narkotik Kebangsaan (BNN) kemudian menyerbu bilik sebuah hotel iaitu tempat suspek tersebut dijadualkan menyerahkan dadah tersebut di Cikini, Jakarta.

Wanita itu mendakwa dia menerima upah daripada rakyat Nigeria yang tinggal di Kuala Lumpur untuk menghantar dadah berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: