|
|
VOKALIS bertenaga grup Nidji yang baru-baru ini dikurniakan seorang puteri mendakwa dia tidak berani membawa anaknya keluar rumah.
Giring mengaku bahawa dia risau terhadap kesihatan anaknya, Aisyah, 5 bulan.
“Aisyah memang jarang dibawa keluar kerana takut sakit. Banyak virus dan saya takut dia batuk,” ujar Giring.
Menurut Giring, dia kini sangat bahagia dengan keluarga kecilnya. Malah, dia sentiasa mengawasi dan mengikuti perkembangan anak-anaknya walaupun sibuk dengan tugasan sebagai penyanyi.
“Kita suka berkumpul di tempat tidur, berborak. Zidan sudah besar dan dia sangat comel dan ekspresif. Aisyah sudah pandai ketawa guling-guling,” ujar bahagia seorang Giring.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: