KREATIF...penghasilan lakaran unik bukan saja pada mata tetapi wajah.
INGAT fakta ini, mata adalah perkara utama yang akan membuatkan orang mengingati anda. Sebab itu ada pepatah mengatakan daripada mata turun ke hati. Mata yang bersinar dan bercahaya memberi seribu makna, apatah lagi sekiranya disertakan solekan menggoda.
Namun untuk mendapatkan mata menawan, bukan sekadar meletakkan pembayang mata tetapi harus mengikut teknik solekan yang betul agar mata akan lebih menyerlah.
Mengaplikasi solekan mata dengan celak yang tebal sering kali dianggap hanya sesuai untuk model di pentas peragaan saja. Namun, perubahan dalam solekan menyebabkan wanita kini semakin berani membuat solekan pada mata menggunakan celak.
Solekan tebal pada kelopak mata bukan saja mampu merubah penampilan tetapi turut membuatkan mata galak bersinar. Semakin tinggi teknologi dalam penghasilan celak akan membuatkan solekan menjadi lebih tepat, mudah dan bergaya.
Contohnya penghasilan celak cecair menjadikan solekan lebih sempurna namun terdapat beberapa kelemahannya. Selain nampak comot, pemakaian celak jenis ini memerlukan ketelitian kerana akan membuatkan bahagian bawah mata kotor. Ia juga tidak tahan lama dan kurang memberi ketepatan sehingga ke bahagian garis nipis berhampiran bulu mata.
Menyedari kehendak wanita yang inginkan produk solekan ringkas dan mudah digunakan, Maybelline New York memperkenalkan celak Hyper Sharp Ultra Fine Liner yang dirumus menggunakan revolusi unik dan terkini dengan penghasilan hujung paling halus sehingga 0.05 milimeter.
Hujung berus yang lembut dan mudah digunakan membuatkan garisan mata lebih tepat, senang dan bersih. Dengan hanya satu garisan, celak ini berfungsi membuat lakaran bermula dari hujung sehingga ke bahagian ekor mata pada hanya sekali lakaran saja malah anda boleh melakukannya berkali-kali mengikut ketebalan yang diingini.
Hyper Sharp Liner bukan saja berfungsi membuat kesan keindahan pada mata malah membuatkan penampilan lebih dramatik. Ini bermakna anda boleh menentukan sendiri ukuran mata yang anda inginkan sama ada lebih besar, sederhana, menyerlah atau kelihatan funky dan ranggi.
Celak berteknologi ini juga sesuai digunakan bagi wanita yang ingin membuat lakaran pada bahagian tertentu seperti kelopak mata, pipi, kening dan dagu. Hujungnya yang halus mencipta daya kreativiti bagi wanita yang ingin menghasilkan pelbagai lakaran yang diinginkan. Ia sesuai bagi mereka yang ingin menghadiri majlis bertema yang memerlukan anda mengenakan solekan dramatik.
Pada majlis pelancaran Hyper Sharp Liner, jurusolek profesional Taki Chegne membuat demonstrasi teknik pemakaian celak untuk gaya kasual dan juga dramatik kepada model dan pelakon Liyana Jasmay.
Menurut Chegne, tidak semua wanita boleh mengenakan solekan dramatik kerana ia sesuai untuk majlis tertentu saja.
“Namun bagi mereka yang menggemarinya, solekan dramatik menjadi lebih mudah dengan hanya menggunakan celak Hyper Sharp Liner. Ini kerana solekan menjadi lebih tepat, mudah dan berkesan hanya dengan satu garisan lakaran,” katanya.
Hyper Sharp Liner yang kini menjadi celak nombor satu di Jepun selain tahan lebih lama berbanding celak cecair dan pensil juga senang ditanggalkan. Cuma gunakan penanggal solekan untuk lebih cepat atau basuh menggunakan air dan warnanya akan luntur serta-merta. Celak ini kini boleh didapati di pasaran pada harga RM23.90.
Cara memakai celak
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: