Monday, June 27, 2011

Filem Dabangg menang besar

AKTOR Bobby Deol membuat persembahan di atas pentas.
AKTOR Bobby Deol membuat persembahan di atas pentas.
PENYANYI, Mamta Sharma menunjukkan anugerah yang dimenanginya untuk Penyanyi Latar Wanita Terbaik menerusi filem Dabangg.
PENYANYI, Mamta Sharma menunjukkan anugerah yang dimenanginya untuk Penyanyi Latar Wanita Terbaik menerusi filem Dabangg.

TORONTO: Filem Dabangg (Tidak Gentar), cerita mengenai polis yang rasuah, memenangi enam anugerah, termasuk filem terbaik pada majlis Anugerah Filem Bollywood yang diadakan kali pertama di Amerika Utara, semalam.

Filem lakonan Salman Khan dan diarahkan oleh Abhinav Kashyap juga mememenangi anugerah penyanyi latar wanita terbaik, penyanyi latar lelaki terbaik, arahan muzik terbaik dan skrip terbaik.


Aktor, Sonu Sood juga memenangi persembahan terbaik untuk peranan negatif selaku ketua penjahat sebuah parti politik serantau dalam filem berkenaan.

Dia mengucapkan terima kasih kepada ibunya ketika menerima anugerah berkenaan.


Filem ‘My Name is Khan’ menyusuli dengan empat anugerah - cerita terbaik, lirik terbaik, pengarah terbaik untuk Karan Johar dan pelakon terbaik untuk Shah Rukh Khan yang melakonkan watak lelaki Islam yang mengalami sindrom Asperger dan ditahan di sebuah Lapangan Terbang Amerika kerana berkelakuan mencurigakan akibat penyakit itu.


Puluhan ribu peminat memenuhi Stadium Pusat Rogers di Toronto untuk menyaksikan majlis berkenaan dan 700 juta lagi dipercayai menontonnya menerusi televisyen.

Shah Rukh Khan, Anil Kapoor (Slumdog Millionaire) dan keluarga Deol adalah antara puluhan superstar Bollywood yang hadir, di samping pemenang Oscar, Hilary Swank dan Cuba Gooding Jr.


Salman Khan bagaimanapun tidak dapat hadir kerana dilapor terbabit dalam penggambaran filem terbarunya, ‘Bodyguard,’ bersama-sama Kareena Kapoor.

Pelakon wanita terbaik dimenangi oleh Anushka Sharma menerusi filem komedi romantik, ‘Band Baaja Baaraat’ (Perancang Perkahwinan), filem pertama arahan Maneesh Sharma.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: