|
|
TERASA pantas masa berlalu dan hari ini (1 Jun) genaplah stesen televisyen swasta pertama negara, TV3 menyambut ulang tahunnya yang ke-26.
Selama tempoh itu, stesen berkenaan telah melahirkan pelbagai program penerbitan dalaman yang boleh dianggap signature programme dan kekal sehingga ke hari ini.
Antara program yang terus kekal menjadi kegemaran peminat setia TV3 adalah Majalah 3, Nona, Muzik-Muzik dan rancangan hiburan sensasi, Melodi.
Mula diperkenalkan sekitar awal tahun 90-an, Melodi dengan pantas meraih perhatian yang cukup meluas ketika kali pertama dihoskan oleh pengacara berpengalaman, Datuk Mahadzir Lokman.
Selepas Mahadzir meninggalkan program tersebut, nama-nama seperti Fauziah Ahmad Daud, Raja Azura, Aznil Nawawi, Fara Fauzana dan Wahid mengambil alih tugas berkenaan untuk menghiburkan penonton dengan keletah mereka.
Malah, beberapa artis popular seperti Haliza Misbun, Sheila Rusly dan Ziana Zain juga pernah merasai tempias populariti sebagai hos Melodi walaupun seketika.
Sempena ulang tahun ke-26 TV3, Hits telah menggabungkan tiga wanita 'panas' Melodi yang mewakili tiga generasi berbeza iaitu Fauziah Ahmad Daud, Raja Azura dan terbaru, Dira Abu Zahar dalam satu sesi fotografi khas yang berlangsung di Hotel One World, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.
Sesungguhnya, apabila menggabungkan tiga wanita ini yang ironinya juga memegang status Lady J (janda) suasana tenang di hotel tersebut dengan pantas bertukar 'huru-hara' dengan gelagat mereka.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: