Saturday, June 18, 2011

Cabaran Daisy Sehebat Chef di Kuala Terengganu


CHEF Liza menunjukkan Minyak Jagung Daisy yang akan digunakan peserta pertandingan untuk mencipta resipi kek dan biskut yang lazat.


CABARAN Daisy Sehebat Chef 2011 iaitu sebuah program kerjasama Minyak Jagung Daisy, Kosmo! dan Tupperware membuka tirai hari ini dengan menyaksikan Kuala Terengganu menjadi lokasi pertama pertandingan.

Bertempat di Giant, Kuala Terengganu dengan tema Seni dan Kebudayaan seramai 30 peserta akan bersaing menunjukkan kepakaran masing-masing membuat kek dan biskut resipi sendiri dengan menggunakan Minyak Jagung Daisy.

Jurucakap Minyak Jagung Daisy yang juga juri program, Chef Liza memberitahu, kriteria pemarkahan akan dilihat kepada ketulenan resipi, inovatif peserta serta cara ia dipersembahkan termasuk hiasan.

“Untuk resipi kali ini saya tidak mahu peserta mencampurkan Minyak Jagung Daisy dengan mentega. Selain itu, saya juga mahu mereka lebih fokus terhadap mutu kek dan biskut,” jelas Chef Liza selaku juri cabaran itu nanti.

Signifikan penggunaan Minyak Jagung Daisy dalam penyediaan kek dan biskut untuk cabaran itu adalah kerana ia mengandungi soft-poly yang menjadikan kek lebih lembut dan halus.

Bahkan, jika digunakan untuk membuat biskut, anda akan mendapat biskut yang lebih rangup dan ringan.

Pada program Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011, menariknya pembaca Kosmo! berpeluang mendapatkan Minyak Jagung Daisy 500 gram secara percuma dengan menebus dua kepala surat khabar Kosmo! di kaunter lokasi pertandingan.

Sebanyak 200 botol minyak disediakan di setiap lokasi pertandingan bermula dari pukul 10.30 pagi sehingga 11.30 pagi termasuk di Giant, Kuala Terengganu.


KEK HITAM MANIS


Tidak ketinggalan hari ini juga orang Terengganu berpeluang merasai kek dan biskut air tangan Chef Liza secara percuma.

Ini kerana Chef Liza akan menyediakan 400 hidangan percubaan masing-masing untuk kek hitam manis dan biskut samperit istimewa Daisy.

Orang ramai berpeluang menikmati kedua-dua hidangan itu.

Selain aksi para peserta, Giant Kuala Terengganu hari ini akan dimeriahkan dengan persembahan hiburan.

Sekolah Menengah Kebangsaan Gong Badak akan membuka acara dengan persembahan gamelan.

Ini diikuti dengan persembahan juara Akademi Fantasia 5, Mila pada pukul 2.15 petang.

Bintang baru yang sedang menempa nama dalam industri melalui lagu Nadiku, Sabhi Sadhi akan menghiburkan peminat pada pukul 5.45 petang.

Program itu akan diacarakan oleh Mimi DJ KLFM.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: