Monday, June 20, 2011

Butik dan restoran gaya rockabilly




CITA RASA masyarakat kota negara ini sentiasa selari dengan rentak semasa urban. Namun, tidak keterlaluan untuk dikatakan, sudah menjadi lumrah penghuni kota sentiasa berkehendakkan sesuatu yang eksklusif.

Sedikit masa dulu, gaya santai di kopitiam mendominasi di setiap penjuru kota. Penangannya masih berbisa, tapi kini konsep yang lebih kontemporari iaitu gabungan restoran dan kedai pakaian semakin mencuri tumpuan.

Switchblade Kuala Lumpur yang dibuka secara rasmi pada Februari lalu antara yang mengadaptasikan idea sedemikian rupa. Switchblade yang dicetuskan oleh seorang anak muda, Asep Ahmad Iskandar, 36, menjanjikan pengunjung satu pengalaman yang cukup mengujakan.

“Di sini, kami satukan elemen membeli-belah iaitu fesyen yang dibawa dari Belgium untuk golongan dewasa dan bayi.

“Selain itu, di Switchblade juga menyediakan hidangan yang menyelerakan dan membawa karakter dan budaya Rockabilly yang telah menjadi satu kegilaan rakyat Malaysia kini,” kata Asep.

Kembara Asep bersama isterinya, Deni Abu Bakar, 32, yang juga merupakan Timbalan Presiden, Pemasaran dan Promosi Switchblade ke Belgium beberapa tahun lalu telah memberi inspirasi kepada mereka untuk membuka perniagaan.

Jenama Switchblade cukup popular di sana dan di Eropah, kata Deni.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: