Tuesday, June 21, 2011

Buruh maut ditetak


ANGGOTA polis memeriksa mayat seorang lelaki Indonesia yang mati ditetak dekat kawasan perkuburan Kristian, Jalan Kuari, Kuala Lumpur kelmarin.


KUALA LUMPUR – Sekumpulan empat lelaki asing bertindak kejam apabila menetak mati seorang buruh Indonesia hanya kerana berselisih faham ketika menaiki bas dalam satu kejadian berhampiran tanah perkuburan Kristian, Jalan Kuari, Cheras di sini kelmarin.

Dalam kejadian pukul 7 petang itu, empat samseng tersebut turut membuatkan seorang lagi rakan mangsa cedera parah apabila ditetak dengan parang. Dia kini dirawat di hospital.

Mangsa dari Surabaya itu dipercayai berusia lingkungan 30-an dan tiada sebarang dokumen ditemui padanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dan dua rakannya menaiki bas dari Taman Len Seng menuju ke pusat bandar untuk pulang ke rumah mereka di Kampung Baru di sini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: