Tuesday, June 28, 2011

Bantah pertandingan ratu cantik di karnival IT


PAPAN iklan karnival IT yang turut mempromosikan pertandingan ratu cantik di sekitar Butterworth semalam.


BUTTERWORTH - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini membantah tindakan penganjur yang mengadakan aktiviti pencarian ratu cantik pakaian renang semasa karnival teknologi maklumat (IT) yang akan berlangsung di sebuah pusat beli-belah di Bayan Baru pada 1 hingga 3 Julai ini.

Setiausaha Angkatan Pemuda Pemudi Islam (Api), Fatin Safiah Kamaruddin berkata, pertandingan ratu cantik berpakaian menjolok mata itu tiada kaitan langsung dengan pameran tersebut.

Katanya, pertubuhan itu percaya pengisian pertandingan tersebut hanya helah penganjur bagi menarik perhatian orang ramai terutamanya golongan muda mengunjungi karnival berkenaan.

"Kami menyokong hasrat pihak penganjur mengadakan pameran peralatan dan perkakasan komputer kerana sememangnya dapat membantu masyarakat supaya lebih celik teknologi.

"Tetapi apa yang kami kesalkan adalah mengapa diselitkan slot pertandingan peragaan pakaian baju mandi di dalam pameran itu kerana boleh memberi banyak kesan negatif kepada pengunjung," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: