Tuesday, June 28, 2011

500 aktiviti meriahkan Hari Belia Negara 2012


AHMAD SHABERY bersalaman dengan sebahagian tetamu di Kompleks Sukan Air, Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengadakan lebih 500 aktiviti pada sambutan Hari Belia Negara 2012 bagi memastikan sasaran menghimpunkan seramai 2 juta belia di Putrajaya dapat dicapai.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pelbagai aktiviti yang melibatkan penyertaan lebih ramai akan belia dirancang untuk penganjuran Hari Belia Negara 2012 yang dijangka diadakan selama satu minggu.

“Jika tahun ini lebih 200 aktiviti diadakan untuk tiga hari, untuk tahun depan rekod baharu akan dicipta dengan lebih banyak aktiviti yang lebih hebat, menarik dan memukau agar sasaran 2 juta belia dicapai.

“Tahun depan, kejutan lebih besar akan berlaku dan ini juga akan menjadi dan menghidupkan Putrajaya dengan semangat belia yang hebat,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: