|
|
WOW! Hanya perkataan itu yang terpacul dari mulut gadis genit ini apabila diminta beraksi bersama model baru kereta mewah Volvo untuk ruangan Citra Wanita minggu ini.
“Aishah tak pernah mimpi pun untuk merasa memandu kereta sebegini,” kata pemilik nama penuh Siti Aishah Abdullah, 23.
Sesuai dengan usianya dan juga status sebagai pelajar, kereta kompak mini yang dimilikinya sudah cukup sesuai untuk dia bergerak ke sana dan sini. Namun peluang memandu Volvo model S60 3.0 T6 AWD (pacuan semua roda) tidak akan dilupakannya.
Bagi Aishah, jenama tersebut sememangnya sudah terkenal dengan ciri keselamatan.
“Kita sendiri boleh merasa kehebatan jenama ini bukan sahaja ketika memandu, malah melihatnya dari luar sudah mewujudkan rasa kekaguman. Ditambah lagi dengan warna vibrant copper yang cukup menawan, pasti siapa jua akan menoleh kepadanya,” kata Aishah.
Gadis berasal dari Serdang, Selangor ini meminati gaya sporty model baru yang katanya kelihatan ‘nakal’ tapi dinamik. Interior dalamannya mewah manakala rekaan luarnya pula sangat menawan, katanya.
Antara ciri keselamatan yang digemarinya adalah
sistem pengesan pejalan kaki yang lengkap dengan ciri auto brek.
“Aishah difahamkan, ia mengesan pejalan kaki di atas jalan raya di hadapan kereta, lantas memberi isyarat kepada pemandu dan membrek sepenuhnya secara automatik sekiranya pemandu tidak memberi tindakbalas dalam masa yang sepatutnya. Sistem ini mampu berinteraksi pada kelajuan sehingga 35 km /jam jika pemandu tidak bertindak balas,” ujarnya.
Selain itu katanya, sistem maklumat hibur baru Volvo Sensus, membenarkan pemandu untuk merasai ciri-ciri teknologi tinggi dengan lebih dekat lagi tanpa perlu membuka buku panduan. Kesemua informasi daripada unit audio, sistem navigasi dan beberapa fungsi lain di atas skrin bewarna 7" yang dipasang di aras tinggi di konsol tengah dan boleh dikendalikan dengan kawalan stereng.
Hanya kepuasan yang terbayang di wajah gadis ini usai sesi ujian pemanduan. Terakhir diucapkannya, mungkin selepas ini jenama Volvo antara yang tersenarai sebagai kereta idamannya!
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: